PUSAT RUJUKAN KEWANGAN DAN PERNIAGAAN BAHASA MELAYU TERBAIK ANDA ***NOW AVAILABLE IN ENGLISH FOR WORLDWIDE VISITOR** Copyright© All Rights Reserved satriakebenaran.blogspot.com

BERITA TERKINI / BERITA PENTING / BULETIN PERNIAGAAN

PENGUMUMAN TERKINI

BERITA TERKINI.. SILA AMBIL PERHATIAN!SEBARANG KERUGIAN YANG ANDA TANGGUNG SEBELUM, SEMASA ATAU SELEPAS ANDA MENYERTAI SEBARANG SYARIKAT PELABURAN ADALAH DIDALAM TANGGUNGJAWAB ANDA SEPENUHNYA.. PELABURAN SELAMAT BUAT MASA INI IALAH MELALUI FOREX! IAITU MELALUI AKAUN LIVE ATAU APMM! SILA KLIK BANNER FOREX UNTUK MENDAFTAR!

PAPAN UTAMA DAGANGAN FOREX

Khamis, 26 Februari 2009

Mengapa Sultan Amat Penting Kepada Malaysia?


Yang Dipertuan Agong merupakan ketua negara Malaysia. Baginda merupakan payung kepada kedaulatan negara ini. Hanya negara kita dan beberapa negara di dunia ini yang masih mempunyai raja dan sultan diantaranya, Britian, Thailand, Brunei dan sebagainya. Tetapi mengapa segelintir rakyat yang Malaysia tidak hargai kehadiran mereka. Mereka seolah-olah tidak merasakan kewujudan baginda dan raja-raja Melayu sebagai suatu yang menjadikan negara ini suatu negara yang istimewa dan berbeza dengan negara-negara yang lain. Keistimewaan ini tidak terdapat pun pada mana-mana negara mahupun kuasa utama dunia, Amerika Syarikat.
Tidakkah kita berasa bangga??? Baiklah disini saya akan terangkan kepentingan kewujudan baginda. Diantaranya,

  1. Baginda merupakan tunggak utama pentadbiran negara.
  2. Baginda merupakan benteng utama penjaga kedaulatan undang-undang.
  3. Baginda merupakan pemegang amanah untuk menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
  4. Baginda merupakan orang tengah yang akan menyelesaikan masalah yang timbul diantara rakyat dan pemerintah negara.
  5. Baginda merupakan simbol maruah BANGSA MALAYSIA.

Kesimpulannya, jikalau kita menghina raja atau sultan kita sendiri diibaratkan, meludah kemuka sendiri. Saya juga ingin menyatakan kekesalan saya terhadap mereka yang terdiri daripada kalangan bangsa Melayu sendiri yang menyertai demonstrasi jalanan yang membantah upacara angkat sumpah Dato' Zambry di Perak tempoh hari. Sesungguhnya Kebawah Duli Tuanku Sultan Perak seorang yang amat arif dalam perundangan dan perlembagaan. Kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak mengira bangsa, agama, mahupun warna kulit, berbanggalah kita sebagai seorang rakyat yang mempunyai Sultan. Kepada kebawah duli tuanku sultan di Malaysia, patik akan sentiasa menyokong dan sentiasa berada di belakang tuanku.... Daulat Tuanku...

Yang Benar,

Prince Farhan aka Satria Kebenaran


Sharing Is Caring ^_^

Pesanan Kepada PAS


PAS merupakan satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia. Keluhuran perjuangan parti ini dalam menegakkan Islam di Malaysia sentiasa disambut baik dikalangan rakyat Malaysia terutamanya dari rakyat negeri Kelantan dan Terengganu. Tetapi sejak akhir-akhir ini kesucian parti ini mula tercemar dengan mainan politik yang dikemudikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka mula bergabung dengan gerakan yang kononnya memperjuangkan hak sebenar rakyat Malaysia.

Saya kesal dengan tindakan parti PAS dengan mengambil keputusan untuk tunduk kepada arahan parti DAP. Dalam kes Teresa Kok yang ingin mewujudkan papan tanda baru yang tidak mengandungi tulisan jawi dan meminta azan dikecilkan suaranya hanya didengar dan diperhati oleh PAS. Dimana kredibiliti parti ini yang diwujudkan sebagai pelindung Islam di negara ini. Disini atas keperihatinan saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang ingin lihat semula syiar Islam yang berkembang dibawah panji-panji PAS, disini saya cadangkan beberapa langkah yang saya harap ia dapat difikir-fikirkan oleh ahli-ahli parti ini untuk terus menjamin kesucian dan kedaulatan parti ini diantaranya,

  1. Keluar dari Parti Pakatan Rakyat dan menyertai Barisan Nasional. Ini kerana jikalau betul parti ini berjuang demi Islam dan ingin kemunkaran yang berlaku dalam Barisan Nasional dihapuskan. Mereka patut mengubah Barisan Nasional dari dalam. Dengan cara menyertainya dahulu.
  2. Mula berdiri diatas kaki sendiri. Parti PAS tidak menjadi parti kerajaan mahupun pembangkang. Dengan cara ini, parti PAS tidak hanya menumpukan perhatian terhadap pertikaman lidah yang selama ini telah menganggu perhatian dan fokus mereka terhadap pentadbiran negeri.
  3. Mengatur stategi yang lebih mesra rakyat terhadap rakyat Malaysia, tidak mengira bangsa, agama dan kepercayaan.

Diharap ketiga-tiga cadangan saya ini dapat diambil berat oleh parti PAS terutamanya oleh Mursyidul AM PAS, Dato' Seri Nik Abdul Aziz. Sesungguhnya ketika saya menulis artikel ini, tidak adapun perasaan sakit hati ataupun hasat dengki saya terhadap parti PAS sebaliknya saya ingin melihat kebangkitan para pejuang Islam dalam membantu menerajui pentadbiran Malaysia. Selama Berjaya saya uncapkan untuk parti ini.

Yang Menulis,

Prince Farhan @ Satria Kebenaran


Sharing Is Caring ^_^

Revolusi UMNO


Sejak kebelakangan ini, Umno dilihat sebagai suatu parti yang menjalani saat-saat kejatuhan. Banyak cara yang sudah mahupun dirancang oleh pemimpin UMNO untuk menaikkan kembali kredibiliti parti tersebut. Ada yang menjadi, ada yang tidak. Apakah sebenarnya formula yang terbaik untuk menaikkan semula kredibiliti UMNO pada masa yang sama menjaga formula tersebut agar tidak menjatuhkan martabat bangsa Melayu dan tidak menyinggung perasaan bangsa Malaysia.

Pada masa yang sama, kita sedar bahawa parti UMNO merupakan parti barisan hadapan yang menerajui tampuk pemerintahan negara. Kita imbau kenangan saat persetujuan kemerdekaan dan pada saat penubuhan negara Malaysia, seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu tidak menghiraukan parti mana yang memerintah asalkan mereka dapat merasakan kemanisan menjadi rakyat kepada negara yang merdeka dan berdaulat. Itu pada masa zaman moyang dan atuk nenek kita. Tetapi pada zaman ini, rakyat mula berpecah belah, hati berbelah bahagi untuk memilih parti mana yang patut mereka pilih untuk mencurahkan kepercayaan mereka untuk menerajui pemerintahan negara. Dari situlah timbulnya persengketaan parti-parti politik, pertikaman lidah yang tidak berpenghujumg, perderhakaan terhadap Sultan yang selama ini menjadi payung negara. Adakah kita semua lupa, semasa kita dibangku sekolah rendah, kita sudah diajar dan dituntut untuk mengangkat sumpah sebagai rakyat Malaysia. Rukun Negara, itulah yang kita pegang dan kita junjung sebagai seorang rakyat Malaysia.

Adakah kita lupa bahawa kita ada bersumpah akan menyandarkan segala kepercayaan kita kepada tuhan?? Adakah kita lupa bahawa kita telah bersumpah untuk sentiasa taat setia kepada raja dan negara?? Adakah kita sudah lupa bahawa kita ada bersumpah untuk sentiasa mengiktiraf perlembagaan dan undang-undang. Adakah kita sudah lupa bahawa kita sentiasa bersumpah akan menjaga kesopanan dan kesusilaan. Sesungguhnya bangsa Malaysia mudah lupa. Kunci kepada semua kemelut ini adalah UMNO. Bagi saya UMNO merupakan pintu utama dan barisan hadapan pentadbiran negara.

UMNO merupakan suatu organisasi yang sudah bertapak lama, tidak kiralah anda berbangsa apa sekalipun, UMNO untuk semua. Tidak saya nafikan bahawa UMNO merupakan parti untuk bangsa Melayu, tetapi anda jangan lupa bahawa sejahat-jahat UMNO, mereka tidak pernah menggadai negara mahupun maruah diri untuk kepentingan peribadi. Jikalau kita mahu kemakmuran yang kita capai ini berterusan, marilah kita semua bangsa Malaysia membantu UMNO berdiri semula.... Ketepikan persengketaan yang telah memecahbelahkan kita semua... Mari kita menuju kearah yang satu iaitu menjadikan bangsa Malaysia sebagai suatu bangsa yang menerajui pemerintahan dunia... Menggantikan negara Amerika Syarikat yang dilaknat itu.

Berbalik kepada formula yang saya ingin ketengahkan kepada pemimpin UMNO untuk membaikpulih UMNO. Yang pertamanya, kita haruslah memilih pemimpin yang bijak menggunakan cara yang bijak dalam menangani masalahnya sendiri. Bukan dengan cara kasar seperti yang diamalkan pada masa sekarang ini. Cara bijak yang saya maksudkan ialah dengan cara berbaik-baik dengan semua, pertuturan yang berlapik, kesabaran yang tinggi dalam apa juga keadaan dan pandai menjaga perasaan musuh. Itu yang kita mahu, diibaratkan, libasan seorang pesilat. Walaupun libasan yang dikenakan lembut, tetapi kesannya boleh membuatkan musuhnya tumbang.

Formula yang kedua, UMNO haruslah bijak mengambil hati seluruh rakyat Malaysia dengan cara yang baik dan berkesan tanpa menggadaikan bangsa Melayu itu sendiri. Contohnya, para pejuang UMNO haruslah pandai memikat hati para pembangkang, agar kesepakatan dapat dicapai. Sesungguhnya pembangkanglah yang patut kita hargai kehadiran mereka, kerana mereka inilah yang sentiasa menunjukkan kesilapan kita, agar kualiti pentadbiran negara dapat dilonjakkan ke tahap yang terbaik.

Formula yang ketiga, UMNO haruslah mendidik ahli-ahlinya agar hidup secara sederhana. Ini kerana saya lihat cara hidup yang terlalu mewah akan menjadikan UMNO itu sendiri khayal. Sesungguhnya biarlah kita sentiasa dalam keadaan tertekan kerana tekanan itu bagus untuk menerbitkan kejayaan.


Formula yang keempat, UMNO haruslah memupuk semangat kesetiaan kepada Sultan dan parti UMNO itu sendiri. Bukan hanya bermodalkan Sumpah Taat Setia. Bukan hanya lidah yang menyebut, tetapi hati juga membenarkannya.....

Formula yang kelima ialah parti UMNO haruslah mengabungkan idea-idea orang-orang veteran dan pemuda secara total agar dapat mencetuskan sesuatu yang amat berkesan dan berfaedah untuk keseluruhan parti. Kesimpulannya, parti UMNO hanyalah satu-satunya parti yang layak mengetuai barisan pentadbiran negara. Ini kerana UMNO sudah membuktikan kelebihan mereka selama 51 tahun mentadbir negara dan mengemudi bangsa Malaysia. Hancur UMNO, musnahlah sebuah bangsa Malaysia yang bermaruah. Akhir kata daripada saya, diharap UMNO dapat membaca cadangan dan saranan saya ini agar ketamadunan bangsa Malaysia dapat dijamin untuk 100 tahun lagi. Dulu, Kini dan Selamanya. UMNO.

Yang Berfikir,
Prince Farhan@satriakebenaran.blogspot.com

E-mail saya farhanurakmal@yahoo.com


Sharing Is Caring ^_^

Ahad, 22 Februari 2009

POlitik Malaysia @ 2008


Keadaan politik Malaysia pada tahun 2008 boleh dikatakan amat mencabar kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan parti Barisan Nasional. Cabaran ini datang apabila Pilihanraya Umum yang ke-11 berlangsung.

Keputusan Pilihanraya Umum ke-11 merakam detik bermulanya kekalahan teruk Parti Barisan Nasional apabila tempat-tempat yang dikatakan kubu kuat Barisan Nasional dapat ditembusi 3 parti pembangkang utama iaitu Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Parti SeIslam Malaysia (Pas) dan DAP. Keputusan rasmi mengatakan bahawa pihak pembangkang dapat menguasai Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Ini menyebabkan Parti Barisan Nasional hanya dapat menguasai kurang daripada 2/3 kerusi parlimen. Barisan Nasional hanya dapat mempertahankan 3 kubu kuat mereka iaitu negeri Johor, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun terdapat 2 kawasan yang sudah ditembusi oleh pihak pembangkang di negeri Johor.

Namun Parti Barisan Nasional masih layak memerintah negara apabila parti tersebut memperoleh majoriti di parlimen dan memberi mandat kepada Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk membentuk kerajaan bagi penggal yang ke-dua. Ini menyebabkan ketua Parti Keadilan Rakyat iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja dilepaskan dari tahanan ISA mula menjalankan cita-citanya ingin menakluki Putrajaya dan seterusnya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Langkah yang pertama dalam merealisasikan impiannya itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengabungkan 3 parti pembangkang yang utama di Malaysia iaitu Parti Keadilan, Pas dan DAP dan dinamakan sebagai Parti Pakatan Rakyat. Tetapi parti tersebut belum cukup kerusi di parlimen untuk melayakkan mereka menubuhkan kerajaan.

Setelah gagal menubuhkan kerajaan impiannya, Dato' Seri Anwar Ibrahim mula mengatur langkah yang baru apabila beliau mula menyebarkan dakyahnya bahawa Parti Pakatan Rakyat akan dapat menawan Putrajaya pada 16 September 2008 seterusnya mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Bagi Dato' Seri Abdullah, semua yang dicanang oleh Dato' Seri Anwar itu adalah anggan-anggan yang tidak kesampaian. Pihak dari parti pakatan rakyat terus menekan kerajaan dibawah pimpinan Dato' Seri Abdullah semasa persidangan parlimen penggal pertama. Ahli perlimen dari Barisan Nasional terpaksa melayan karenah ahli parlimen dari Parti Pakatan Rakyat. Ini menyebabkan pertikaman lidah berlaku diantara karajaan dan pembangkang sehinggan menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hampir-hampir melatak jawatan berikutan kegagalan beliau mengawal dewan. Banyak pelanggaran etika persidangan dilanggar oleh pembangkang seperti memboikot persidangan, menggunakan kata-kata yang kurang sopan dan berdiri sebelum dipanggil nama semasa penggulungan diadakan.



Walaubagaimanapun, persidangan Dewan Rakyat pada penggal ke-2 lebih terkawal. Lain pula yang berlaku di luar dewan. Berlaku tunjuk perasaan di ibu negara Kuala Lumpur. Dimulakan dengan tindakan Kumpulan Tindakan Hak-hak Hindu ( Hindraf) memalukan nama Kerajaan Malaysia apabila mereka menuntut wang dalam jumlah yang besar dari kerajaan British sebagai pampasan kepada bangsa India yang dibawa dari tanah besar India ke Tanah Melayu pada masa dahulu. Pada pengetahuan saya, pada zaman dahulu orang berbangsa India dibawa ke Tanah Melayu secara sukarela dan tidak dipaksa langsung. Bagi saya demonstrasi jalanan bukanlah satu platfom atau saluran yang baik untuk menuntut sesuatu. Lagipun tindakan ini hanya mencalarkan imej negara Malaysia sebai negara yang cemerlang dari segi toleransinya.

Keadaan diburukkan lagi dengan satu lagi demonstari dan tujuk perasaan yang dilakukan oleh satu pertubuhan bukan kerajaan yang diberi nama 'Bersih'. Mereka menuntut pilihanraya dijalankan dengan telus dan benar. Walhal mereka sebenarnya tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya yang menyebelahi parti Barisan Nasional. Mereka turut menghantar memorendum bantahan kepada Yang Dipertuan Agong tetapi dihalang. Tindakan ini menyalahi perlembagaan yang menyatakan pihak tentera, polis dan raja-raja tidak dibenarkan masuk atau mencampuri urusan yang berkaitan dengan politik. Sekaligus tindakan mereka ini seperti ingin mengheret institusi raja ke dalam politik.

Dalam keadaan yang menekan kerajaan yang dipimpin Dato' Seri Abdullah, Tun Dr. Mahathir pula mengambil keputusan keluar parti. Tindakan ini dilakukan kerana Tun sudah hilang kepercayaan kepada Dato' Seri Abdullah. Adakah ini satu tindakan yang disifatkan sebagai menjernihkan keadaan atau melarikan diri sekaligus menyelamatkan diri Tun dari terpalit sama dalam masalah yang dihadapi oleh PM kita?

Tiba-tiba timbul pula masalah didalam parti Pakatan Rakyat. Mereka seakan-akan lupa pada misi mereka dan bergaduh sesama mereka. Masalah ini bermula apabila PAS mula menuduh Dato' Seri Anwar menurut sahaja kata DAP. Pas juga seperti sudah hilang kepercayaan kepada Dato' Seri Anwar. Ketua PAS, Mursyidu Am PAS Nik Aziz juga mengatakan bahawa impian Dato Seri Anwar untuk menjadi Perdana Menteri seperti “Angan-angan Mat Jenin”.

Populariti Dato' Seri Anwar terus jatuh apabila beliau dituduh merogol pembantu peribadinya. Beliau mengatakan bahawa ini semua merupakan konspirasi kerajaan yang ingin menjatuhkannya. Walhal pihak polis sudah mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa beliau. PM menepis segala tuduhan yang dilemparkan oleh Dato' Seri Anwar kepada kerajaan dan menyatakan bahawa ini semua merupakan isu peribadi yang cuba dipolitikkan.

Bagi menutup kesalahan beliau yang dah memang bersalah, Dato' Seri Anwar cuba mengalih tumpuan rakyat Malaysia dengan cara menuduh Dato' Seri Najib dan isteri Timbalan Perdana Menteri itu, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibbu dengan menyatakan semasa pembunuhan itu berlaku, Datin Seri Rosmah Mansor turut berada disana. Dato' Seri Najib dikaitkan dengan warga Mongolia itu berikutan kehilangan dokumen perjanjian jualbeli 2 buah kapal TLDM yang pada masa tersebut Dato' Seri Najib menjawat Menteri Pertahanan dan dipercayai warga Mongolia tersebut yang mencurinya. Tetapi itu semua adalah penipuan yang dilakukan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.



Selang beberapa bulan selepas itu, keadaan politik Malaysia mula menggelegak semula dengan isu minyak yang melambung tinggi. Dato' Seri Anwar Ibrahim cuba menggunakan isu itu untuk menghentam kerajaan. Beliau juga mengatakan kenaikan harga petrol disebabkan kelemahan kepimpinan Dato' Seri Abdullah. PM segera menerangkan kepada rakyat bahawa kenaikan harga petrol disebabkan kenaikan harga petrol dunia. Kenaikan harga petrol dunia pula disebabkan peperangan di Iraq dan ribut yang menyebabkan pengeluaran dan penghantaran minyak menjadi lembap.

Dato' Seri Anwar tidak berputus asa sebaliknya beliau terus menghentam kerajaan melalui pilihanraya kecil Permatang Pauh dimana beliau sendiri yang bertanding. Dakyah yang disampaikan sama iaitu harga minyak yang melambung tinggi, kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Syaribbu dan tarikh keramat 16 September 2008. Keajaiban berlaku apabila beliau menang besar bermodalkan dakyah beliau. Dato' Seri Anwar dijulang dan kemenangan itu dicanang di serat pelosok negara. Walhal kemenangan itu tidak mengubah jumlah kerusi pembangkang di parlimen. Sehari sebelum beliau memasuki parlimen, beliau mengadakan ceramah. Dalam ceramah itu, dengan sombong beliau berkata “Bila saya masuk parlimen nanti, saya nak jeling Dollah sampai tersembol biji mata, biar dia tak boleh tidoq”. Sebaliknya semasa Bajet 2009 digulungkan, tidak pula ada sebarang jelingan yang dilakukan, bagaimanapun PM sempat menyindir Dato' Seri Anwar dengan berkata “semasa kita senang, ramai yang ingin mendampingi kita, sebaliknya semasa kita berada didalam keadaan susah barulah kita dapat melihat yang mana satu kawan yang sejati”.
Selepas 1 bulan pilihanraya Permatang Pauh berlalu timbul pula isu peralihan kuasa diantara Dato' Seri Abdullah dengan timbalannya Dato' Seri Najib. Peralihan kuasa dilaksanakan pada Mac 2009. Keputusan ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan sudah dipersetujui. Kontroversi bermula apabila Dato' Seri Muhyiddin Yasin masih mempersoal isu peralihan kuasa dan mencadangkan Dato' Seri Abdullah meletakkan jawatan. Ini seolah-olah menggambarkan beliau sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti. Kontroversi berterusan dengan kenyataan ahli parlimen Bukit Bendera yang menyatakan asal penduduk berbangsa Cina di negara ini adalah pendatang. Sekaligus menaikkan sentimen kaum. Masalah ini selesai apabila Dato' Seri Abdullah bersetuju membawa perkara ini ke Majlis Displin parti.

Kesimpulannya, politik yang berlaku pada masa ini ialah politik suara bukan politik yang menonjolkan kepimpinan setiap pemimpin. Mungkin ahli-ahli politik negara kita lupa tentang ucapan dan peringatan Tunku Abdul Rahman iaitu “Kita semua merupakan sebuah keluarga yang besar, oleh itu berbanggalah menjadi rakyat Malaysia”. Dalam ucapan ini jelas menyatakan harapan Tunku Abdul Rahman untuk melihat semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama, warna kulit dan profesion kita untuk sentiasa berkerjasama untuk membangunkan negara Malaysia. Perasaan hasad dengki, tamakkan kuasa dan perasaan pentingkan diri sendiri perlu ditolak ketepi. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.
“Jangan kamu tanya apa yang negara telah buat untuk kamu, sebaliknya tanya pada diri kamu sendiri, apa yang kamu telah buat untuk negara”
John F. Keneddy, Bekas President Amerika Syarikat


Sharing Is Caring ^_^

Copyright© All Rights Reserved satriakebenaran.blogspot.com