PUSAT RUJUKAN KEWANGAN DAN PERNIAGAAN BAHASA MELAYU TERBAIK ANDA ***NOW AVAILABLE IN ENGLISH FOR WORLDWIDE VISITOR** Copyright© All Rights Reserved satriakebenaran.blogspot.com

BERITA TERKINI / BERITA PENTING / BULETIN PERNIAGAAN

PENGUMUMAN TERKINI

BERITA TERKINI.. SILA AMBIL PERHATIAN!SEBARANG KERUGIAN YANG ANDA TANGGUNG SEBELUM, SEMASA ATAU SELEPAS ANDA MENYERTAI SEBARANG SYARIKAT PELABURAN ADALAH DIDALAM TANGGUNGJAWAB ANDA SEPENUHNYA.. PELABURAN SELAMAT BUAT MASA INI IALAH MELALUI FOREX! IAITU MELALUI AKAUN LIVE ATAU APMM! SILA KLIK BANNER FOREX UNTUK MENDAFTAR!

PAPAN UTAMA DAGANGAN FOREX

Sabtu, 21 Mac 2009

PERHATIAN!!!!! Hati- hati Laman Web Yahudi

PERHATIAN!!!!!
Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu se-iman !!!
Jika tidak...maka seluruh Muslim di dunia bisa saja mendapatkan informasi yang salah dan keliru tentang Islam, untuk itu dimohon agar dapat menyebarkan pesan ini segera setelah membacanya.

Waspadalah terhadap website di bawah ini:
1. www.answering-islam.org
2. www.aboutislam.com
3. http://www.thequran.com/
4. www.allahassurance.com

Situs-situs tersebut telah sengaja dibuat oleh kaum Yahudi yang senantiasa gencar menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam Sekali lagi, mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh saudara Muslim di dunia. Selalu waspada dan jeli terhadap semua sumber informasi tentang Islam yang ada di beberapa Islamic Website, meskipun kelihatannya sungguh meyakinkan................


Sharing Is Caring ^_^

Isnin, 16 Mac 2009

Pemimpin Masa Dahulu.......

Jom kita imbas kembali pemimpin masa dahulu...........






Masa saya tulis nie dah larut malam, jadi sedikit sahaja yang saya boleh sediakan, harap maklum........




Sharing Is Caring ^_^

Ekspresi Politik @ 2009

Selamat sejahtera semua, saya disini ingin kongsi dengan anda semua wajah-wajah pemimpin dunia dan negara kita sendiri sepanjang tahun 2009. Jom kita tatap bersama-sama ekspresi wajah mereka.....



Ini hanya sebahagian daripada ekspresi muka-muka pemimpin dunia. Kalau anda semua mahu yang selebihnya, saya nasihatkan carilah sendiri..... Harap anda terhibur.....
Yang Benar,
Satria Kebenaran...


Sharing Is Caring ^_^

Isnin, 2 Mac 2009

Pertahankan 9 Pedang Fatimah


Hari ini kesabaran kita sudah sampai ke titik noktahnya ! hari ini aku tidak mahu lagi menggelarkan diri kita sebagai 'kita'..sebaliknya aku akan gelarkan setiap dari kamu adalah mujahidin.ya mujahidin kerana pada sebentar tadi sudah sudah ada kumpulan melayu bertaraf talibarut menjelmakan pendirian mereka secara 'rasmi' berani untuk menggempur 9 sultan melayu !Pakatan talibarut yang diketuai oleh kepalamunafik anwar ibrahim secara umumnya telah 'MENGISTIHARKAN PERANG' terhadap tuanku sultan azlan !pakatan talibarut ini secara umumnya telah mengistiharkan di khalayak umum untuk menyaman kebawah duli tuanku sultan azlan shah !pakatan talibarut barut ini sudah berani mengistiharkan diri mereka untuk menderhaka kepada ke bawah duli tuanku sultan azlan shah ! deklarasi 'DERHAKA' ini diumumkan oleh seorang menteri besar dari parti pas , nizar jamaludin. 3 perkara di atas sebenarnya telah memulakan 'percikan api-api' yang kecil untuk membenarkan satu gerakan pemula REVOLUSI MENJATUHKAN SULTAN-SUTAN MELAYU !ya memang benar anwar bin ibrahim telah menyemai semangat 'ketuanan rakyat' ...ia digemburkan sebagai satu platform kebangkitan rakyat menentang pemerintahan negara...slogan 'KUASA KEMBALI KEPADA RAKYAT' kerap dicanang. sebenarnya ia membayangkan akan cita-cita anwar untuk menjadi KETUA YANG BERKUASA TERHADAP RAKYAT DENGAN ERTIKATA LAIN MENJADI 'PRESIDEN OF MALAYSIA' !anwar bin ibrahim merupakan anak melayu yang pertama menyokong agenda menarik balik kuasa raja-raja melayu pada tahun 1993. gertakan anwar yang pada waktu itu merupakan naib presiden umno untuk mengajak seluruh rakyat melakukan demonstrasi besar-besaran menghakis kuasa raja-raja menyebabkan seluruh sultan-sultan melayu terpaksa tunduk di tangan anwar...dan kerana gertakan maha hebat inilah anwar bin ibrahim berjaya menduduki kerusi timbalan presiden umno setelah imejnya menumbangkan raja-raja melayu terbukti berhasil !anwar bin ibrahim telah menyambung usaha-usaha regim kafir untuk menghakis kedaulatan raja-raja melayu...anwar bin ibrahim dan 'ketuanan rakyat' telah berjaya menyambungkan semula ide 'malayan union' ..satu konsep total menghapuskan hak melayu dan islam di bumi malaysia ini ! persamaan konsep 'malayan union' dan 'ketuanan rakyat' ini telah diimplementasikan di penang dengan penghapusan DEB sehari selepas kemenangan DAP !hari ini di negeri perak mereka telah memulakan langkah-langkah implementasi ke arah menjahanamkan maruah ke bawah duli sultan azlan shah !aku menyeru kepada seluruh umat melayu...AYUH BANGKIT DAN PERTAHANKAN SULTAN AZLAN SHAH HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR !hari ini aku akan memecahkan 'dua rahsia' besar 9 sultan melayu...ia telah tersimpan dengan sebegitu lama dikalangan orang-orang tertentu...selama 500 tahun lebih ianya kukuh disimpan dan diturunkan dari satu legasi ke legasi oleh 9 sultan melayu..siapa sultan-sultan melayu itu ? ..mereka itu adalah nasab dan punyai darah keturunan fatimah r.ha. ya memang benar peristiwa karbala telah memenggal kepala cucu rasulullah...ya memang benar kepala husin telah di sepak-sepak oleh keparat yazid..tetapi mereka lupa bahawa husin r.a punyai anak lelaki bernama ali bin zainal abidin. bermula dari darah ali inilah merebaknya keturunan mulia nabi saw ke seluruh dunia..selama 1500 tahun ISLAM itu bertahan dan terus berkembang..bermula dengan 4 khulafa,tradisi pemerintahan islam ini terus dinaungi dengan pemerintahan bani umayah,abasiah,idrissiyah,hammudiyah,fathimiiyah,kesultanan magribi,imam-imam zaydiyah,syarif-syarif mekah,raja iraq dan jordan,uthmaniah.pemerintahan dan darah-darah zuriat fatimah r.ha ini terus menerus mennkluki bumi india melalui kesultanan delhi,islam di xinjiang hingga merebak ke gagasan wilayah bumi nusantara.zuriat-zuriat nabi saw ini berkembang biak melalui kaedah dakwah islamiyah dan perdagangan...keturunanan mulia ini berkembang melalui perkahwinan dengan anak-anak ketua masyarakat tempatan.islam dan pemerintah yang punyai darah dari nasab fatimah r.ha akhirnya sampai ke bumi melayu. sebut sahaja akan kekuatan kerajaan islam di acheh,pasai,riau,pontianak,brunei,champa,patani,wilayah sulu,moro,deli,palembang,bintoro di demak,cirebon,banten,ternate,pakubuwono di surakarta sudah menggambarkan SECARA TOTAL kekuatan pengaruh nasab dari darah keturunan fatimah r.ha menakluki dunia....nama-nama besar ulamak dan umarak keturunan junjungan mulia nabi saw telah banyak memberikan jasa dalam perkembangan islam di sini..sebut sahaja nama-nama besar sayid husein jamil kubra,maulana malik ibrahim,maulana rahmatullah (sunan ampel),maulana makhdum ibrahim(sunan bonang),maulana syarifudin hasyim (sunan darajat),raden paku (sunan giri), syarif hidayatullah (sunan gunung jati) dll sudah membuktikan akan penerusan dakwah islamiyah yang dijalankan oleh keturunan mulia junjungan besar nabi saw !dan ia sampai ke sini, ditanah yang kita sedang duduki.bumi bertuah tanah melayu..disinilah RAHSIA BESAR ini disimpan, '9 pedang fatimah' yang terakhir di ufuk timur .mereka ini keturunan ahlul bait..keturunan fatimah r.ha yang datang dari hsil dakwah dan penaklukan yang bermula di kota melaka..dari kota melaka itulah ALLAH SWT menqadaqkan akan wujudnya kesultanan melayu.1500 islam berkembang..adakala ia berjaya dan adakalanya ia tumbang..rabbullalamin telah mengatur penceritaan hebat ini..dari benua arab ke eropah ke benua afrika ke india ke china satu persatu kerajaan islam tumbang...bermula dengan idrisiah,hamuudiyah,fathimiyah,mamluk,kesultanan delhi di india,islam di cordoba,di tanah besar china pemeritahan islam hancur dan tumpas satu persatu ..tewas kerana taklid yahudi dan nasrani yang sememangnya mahukan pemerintahan islam keturunan nabi saw dihapuskan.portugis,belanda,ingeris punyai agenda yang sama menghapuskan amalan islam demi survival ketuanan mereka.kawasan keliling pemerintahan islam di nusantara akhirnya tumbang di tangan mereka. acheh,riau,champa,patani,pontianak,riau dll telah hilang dari muka bumi..TETAPI di tanah melayu ini , perencanaan rabbulalamin untuk memelihara nasab keturunan nabi saw terus kekal walaupun sudah berlanjutan selama 500 tahun lebih..'9 pedang fatimah' ini gelaran diberi.. inilah pedang-pedang terakhir dari nasab keturunan nabi saw. '9 pedang fatimah' inilah BARISAN SULTAN-SULTAN MELAYU ! inilah barisan terakhir di ufuk timur ! yang lainnya sudah lama hancur !mahukan buktinya ? biarkan aku aka GAP huraikan DUA diantaranya !sultan-sultan pahang,keturunan sultan johor,DYMM sultan zainal abidin,syed jaafar dato pasir raja,tun habib abd majid bendahara seri maharaja,maharaja sri dirajadato seri maharaja,abdullah al idrus (nikah dengan puteri acheh) dari sinilah keturunan parameswara raja melaka (1390-1414), sheikh al idrus,abdullah sheikh al idrus,abu bakar al shukran,abdul rahman as saqaf,muhammad mauli ad dawilah,ali,alwi,muhammad al faqih muqaddam,ali,muhammad sahib mirbath,ali khali qasam,alawi,muhammad,alawi,ubaidullah,ahmad al muhajirlillah billah,is ar rumi,muhammad al naqib,ali al uraidy,jaffar al siddiq r.a, muhammad al baqar,azli zainal abidin,ali hussein r.a,saidatina fatimah r.ha DAN RASULULLAH SAW !SATU RAHSIA BESAR JUGA AKAN AKU GAP BONGKARKAN !ADAKAH KAMU TAHU SELEPAS KERAJAAN TERAKHIR DINASTI UTHMANIAH (TURKI) TUMBANG PADA TAHUN 1921, 9 SULTAN-SULTAN MELAYU TELAH BERGERAK KE KOTA KAABAH UNTUK BERJUMPA DENGAN SYERIF (PENGUASA) MEKAH DAN MADINAH DAN MEMBERIKAN SATU TAWARAN PALING MENGEJUTKAN ?9 SULTAN MELAYU TELAH 'MEMINTA' DARIPADA PENGUASA MEKAH UNTUK 'MENGAMBIL ALIH' PENGUASAAN DINASTI UTHMANIAH YANG TELAH TUMBANG !9 SULTAN MELAYU INI DENGAN BERANI MEMBERIKAN JAMINAN KEPADA PENGUASA MEKAH UNTUK MEWUJUDKAN SATU PENTADBIRAN BARU ISLAM BAGI MENGGANTIKAN DINASTI UTHMANIAH DENGAN DINAMAKAN SEBAGAI 'DINASTI SULTAN MELAYU' !TETAPI PERMINTAAN INI TELAH DITOLAK ..MUNGKIN KERANA PENOLAKAN INI JUGALAH PENGUASA MEKAH PADA TAHUN BERIKUTNYA TELAH TUMBANG DI TANGAN PUAK SAUD DAN KETURUNAN WAHABI !9 sultan dipelihara oleh rabbulalamin...ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUKBAR ....1500 tahun yang lepas nabi saw telah memberikan kita mesej penting.'ku tinggalkan di tengah kalian dua pusaka kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku ...ahlul baitku. sungguhlah kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di HAUDH (telaga nabi di syurga)'...sabda rasullullah saw 'mereka (ahlul bait) adalah keturunanku,dicipta dari darah dagingku dan dikurnia pengertian serta pengetahuanku. celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. kepada orang-orang seperti ini ALLAH SWT tidak akan menurunkan syafaatku(pertolonganku)'... riwayat al hakim berasal dari zaid bin arqam r.aHARI INI '9 PEDANG FATIMAH' KESULTANAN MELAYU TELAH DICABAR OLEH ANWAR IBRAHIM !HARI INI PARTI PAS TELAH MENGISTIHAR UNTUK MENDERHAKA KEPADA KETURUNAN RASULULLAH SAW !








Dipetik daripada http://ab-ukm.blogspot.com/


Sharing Is Caring ^_^

Khamis, 26 Februari 2009

Mengapa Sultan Amat Penting Kepada Malaysia?


Yang Dipertuan Agong merupakan ketua negara Malaysia. Baginda merupakan payung kepada kedaulatan negara ini. Hanya negara kita dan beberapa negara di dunia ini yang masih mempunyai raja dan sultan diantaranya, Britian, Thailand, Brunei dan sebagainya. Tetapi mengapa segelintir rakyat yang Malaysia tidak hargai kehadiran mereka. Mereka seolah-olah tidak merasakan kewujudan baginda dan raja-raja Melayu sebagai suatu yang menjadikan negara ini suatu negara yang istimewa dan berbeza dengan negara-negara yang lain. Keistimewaan ini tidak terdapat pun pada mana-mana negara mahupun kuasa utama dunia, Amerika Syarikat.
Tidakkah kita berasa bangga??? Baiklah disini saya akan terangkan kepentingan kewujudan baginda. Diantaranya,

  1. Baginda merupakan tunggak utama pentadbiran negara.
  2. Baginda merupakan benteng utama penjaga kedaulatan undang-undang.
  3. Baginda merupakan pemegang amanah untuk menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
  4. Baginda merupakan orang tengah yang akan menyelesaikan masalah yang timbul diantara rakyat dan pemerintah negara.
  5. Baginda merupakan simbol maruah BANGSA MALAYSIA.

Kesimpulannya, jikalau kita menghina raja atau sultan kita sendiri diibaratkan, meludah kemuka sendiri. Saya juga ingin menyatakan kekesalan saya terhadap mereka yang terdiri daripada kalangan bangsa Melayu sendiri yang menyertai demonstrasi jalanan yang membantah upacara angkat sumpah Dato' Zambry di Perak tempoh hari. Sesungguhnya Kebawah Duli Tuanku Sultan Perak seorang yang amat arif dalam perundangan dan perlembagaan. Kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak mengira bangsa, agama, mahupun warna kulit, berbanggalah kita sebagai seorang rakyat yang mempunyai Sultan. Kepada kebawah duli tuanku sultan di Malaysia, patik akan sentiasa menyokong dan sentiasa berada di belakang tuanku.... Daulat Tuanku...

Yang Benar,

Prince Farhan aka Satria Kebenaran


Sharing Is Caring ^_^

Pesanan Kepada PAS


PAS merupakan satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia. Keluhuran perjuangan parti ini dalam menegakkan Islam di Malaysia sentiasa disambut baik dikalangan rakyat Malaysia terutamanya dari rakyat negeri Kelantan dan Terengganu. Tetapi sejak akhir-akhir ini kesucian parti ini mula tercemar dengan mainan politik yang dikemudikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka mula bergabung dengan gerakan yang kononnya memperjuangkan hak sebenar rakyat Malaysia.

Saya kesal dengan tindakan parti PAS dengan mengambil keputusan untuk tunduk kepada arahan parti DAP. Dalam kes Teresa Kok yang ingin mewujudkan papan tanda baru yang tidak mengandungi tulisan jawi dan meminta azan dikecilkan suaranya hanya didengar dan diperhati oleh PAS. Dimana kredibiliti parti ini yang diwujudkan sebagai pelindung Islam di negara ini. Disini atas keperihatinan saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang ingin lihat semula syiar Islam yang berkembang dibawah panji-panji PAS, disini saya cadangkan beberapa langkah yang saya harap ia dapat difikir-fikirkan oleh ahli-ahli parti ini untuk terus menjamin kesucian dan kedaulatan parti ini diantaranya,

  1. Keluar dari Parti Pakatan Rakyat dan menyertai Barisan Nasional. Ini kerana jikalau betul parti ini berjuang demi Islam dan ingin kemunkaran yang berlaku dalam Barisan Nasional dihapuskan. Mereka patut mengubah Barisan Nasional dari dalam. Dengan cara menyertainya dahulu.
  2. Mula berdiri diatas kaki sendiri. Parti PAS tidak menjadi parti kerajaan mahupun pembangkang. Dengan cara ini, parti PAS tidak hanya menumpukan perhatian terhadap pertikaman lidah yang selama ini telah menganggu perhatian dan fokus mereka terhadap pentadbiran negeri.
  3. Mengatur stategi yang lebih mesra rakyat terhadap rakyat Malaysia, tidak mengira bangsa, agama dan kepercayaan.

Diharap ketiga-tiga cadangan saya ini dapat diambil berat oleh parti PAS terutamanya oleh Mursyidul AM PAS, Dato' Seri Nik Abdul Aziz. Sesungguhnya ketika saya menulis artikel ini, tidak adapun perasaan sakit hati ataupun hasat dengki saya terhadap parti PAS sebaliknya saya ingin melihat kebangkitan para pejuang Islam dalam membantu menerajui pentadbiran Malaysia. Selama Berjaya saya uncapkan untuk parti ini.

Yang Menulis,

Prince Farhan @ Satria Kebenaran


Sharing Is Caring ^_^

Revolusi UMNO


Sejak kebelakangan ini, Umno dilihat sebagai suatu parti yang menjalani saat-saat kejatuhan. Banyak cara yang sudah mahupun dirancang oleh pemimpin UMNO untuk menaikkan kembali kredibiliti parti tersebut. Ada yang menjadi, ada yang tidak. Apakah sebenarnya formula yang terbaik untuk menaikkan semula kredibiliti UMNO pada masa yang sama menjaga formula tersebut agar tidak menjatuhkan martabat bangsa Melayu dan tidak menyinggung perasaan bangsa Malaysia.

Pada masa yang sama, kita sedar bahawa parti UMNO merupakan parti barisan hadapan yang menerajui tampuk pemerintahan negara. Kita imbau kenangan saat persetujuan kemerdekaan dan pada saat penubuhan negara Malaysia, seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu tidak menghiraukan parti mana yang memerintah asalkan mereka dapat merasakan kemanisan menjadi rakyat kepada negara yang merdeka dan berdaulat. Itu pada masa zaman moyang dan atuk nenek kita. Tetapi pada zaman ini, rakyat mula berpecah belah, hati berbelah bahagi untuk memilih parti mana yang patut mereka pilih untuk mencurahkan kepercayaan mereka untuk menerajui pemerintahan negara. Dari situlah timbulnya persengketaan parti-parti politik, pertikaman lidah yang tidak berpenghujumg, perderhakaan terhadap Sultan yang selama ini menjadi payung negara. Adakah kita semua lupa, semasa kita dibangku sekolah rendah, kita sudah diajar dan dituntut untuk mengangkat sumpah sebagai rakyat Malaysia. Rukun Negara, itulah yang kita pegang dan kita junjung sebagai seorang rakyat Malaysia.

Adakah kita lupa bahawa kita ada bersumpah akan menyandarkan segala kepercayaan kita kepada tuhan?? Adakah kita lupa bahawa kita telah bersumpah untuk sentiasa taat setia kepada raja dan negara?? Adakah kita sudah lupa bahawa kita ada bersumpah untuk sentiasa mengiktiraf perlembagaan dan undang-undang. Adakah kita sudah lupa bahawa kita sentiasa bersumpah akan menjaga kesopanan dan kesusilaan. Sesungguhnya bangsa Malaysia mudah lupa. Kunci kepada semua kemelut ini adalah UMNO. Bagi saya UMNO merupakan pintu utama dan barisan hadapan pentadbiran negara.

UMNO merupakan suatu organisasi yang sudah bertapak lama, tidak kiralah anda berbangsa apa sekalipun, UMNO untuk semua. Tidak saya nafikan bahawa UMNO merupakan parti untuk bangsa Melayu, tetapi anda jangan lupa bahawa sejahat-jahat UMNO, mereka tidak pernah menggadai negara mahupun maruah diri untuk kepentingan peribadi. Jikalau kita mahu kemakmuran yang kita capai ini berterusan, marilah kita semua bangsa Malaysia membantu UMNO berdiri semula.... Ketepikan persengketaan yang telah memecahbelahkan kita semua... Mari kita menuju kearah yang satu iaitu menjadikan bangsa Malaysia sebagai suatu bangsa yang menerajui pemerintahan dunia... Menggantikan negara Amerika Syarikat yang dilaknat itu.

Berbalik kepada formula yang saya ingin ketengahkan kepada pemimpin UMNO untuk membaikpulih UMNO. Yang pertamanya, kita haruslah memilih pemimpin yang bijak menggunakan cara yang bijak dalam menangani masalahnya sendiri. Bukan dengan cara kasar seperti yang diamalkan pada masa sekarang ini. Cara bijak yang saya maksudkan ialah dengan cara berbaik-baik dengan semua, pertuturan yang berlapik, kesabaran yang tinggi dalam apa juga keadaan dan pandai menjaga perasaan musuh. Itu yang kita mahu, diibaratkan, libasan seorang pesilat. Walaupun libasan yang dikenakan lembut, tetapi kesannya boleh membuatkan musuhnya tumbang.

Formula yang kedua, UMNO haruslah bijak mengambil hati seluruh rakyat Malaysia dengan cara yang baik dan berkesan tanpa menggadaikan bangsa Melayu itu sendiri. Contohnya, para pejuang UMNO haruslah pandai memikat hati para pembangkang, agar kesepakatan dapat dicapai. Sesungguhnya pembangkanglah yang patut kita hargai kehadiran mereka, kerana mereka inilah yang sentiasa menunjukkan kesilapan kita, agar kualiti pentadbiran negara dapat dilonjakkan ke tahap yang terbaik.

Formula yang ketiga, UMNO haruslah mendidik ahli-ahlinya agar hidup secara sederhana. Ini kerana saya lihat cara hidup yang terlalu mewah akan menjadikan UMNO itu sendiri khayal. Sesungguhnya biarlah kita sentiasa dalam keadaan tertekan kerana tekanan itu bagus untuk menerbitkan kejayaan.


Formula yang keempat, UMNO haruslah memupuk semangat kesetiaan kepada Sultan dan parti UMNO itu sendiri. Bukan hanya bermodalkan Sumpah Taat Setia. Bukan hanya lidah yang menyebut, tetapi hati juga membenarkannya.....

Formula yang kelima ialah parti UMNO haruslah mengabungkan idea-idea orang-orang veteran dan pemuda secara total agar dapat mencetuskan sesuatu yang amat berkesan dan berfaedah untuk keseluruhan parti. Kesimpulannya, parti UMNO hanyalah satu-satunya parti yang layak mengetuai barisan pentadbiran negara. Ini kerana UMNO sudah membuktikan kelebihan mereka selama 51 tahun mentadbir negara dan mengemudi bangsa Malaysia. Hancur UMNO, musnahlah sebuah bangsa Malaysia yang bermaruah. Akhir kata daripada saya, diharap UMNO dapat membaca cadangan dan saranan saya ini agar ketamadunan bangsa Malaysia dapat dijamin untuk 100 tahun lagi. Dulu, Kini dan Selamanya. UMNO.

Yang Berfikir,
Prince Farhan@satriakebenaran.blogspot.com

E-mail saya farhanurakmal@yahoo.com


Sharing Is Caring ^_^

Copyright© All Rights Reserved satriakebenaran.blogspot.com