PUSAT RUJUKAN KEWANGAN DAN PERNIAGAAN BAHASA MELAYU TERBAIK ANDA ***NOW AVAILABLE IN ENGLISH FOR WORLDWIDE VISITOR** Copyright© All Rights Reserved satriakebenaran.blogspot.com

BERITA TERKINI / BERITA PENTING / BULETIN PERNIAGAAN

PENGUMUMAN TERKINI

BERITA TERKINI.. SILA AMBIL PERHATIAN!SEBARANG KERUGIAN YANG ANDA TANGGUNG SEBELUM, SEMASA ATAU SELEPAS ANDA MENYERTAI SEBARANG SYARIKAT PELABURAN ADALAH DIDALAM TANGGUNGJAWAB ANDA SEPENUHNYA.. PELABURAN SELAMAT BUAT MASA INI IALAH MELALUI FOREX! IAITU MELALUI AKAUN LIVE ATAU APMM! SILA KLIK BANNER FOREX UNTUK MENDAFTAR!

PAPAN UTAMA DAGANGAN FOREX

Isnin, 6 April 2009

Siapa Dalang Utama Yahudi Dalam Malaysia???


SEJARAH membuktikan bahawa kerjasama AS – Israel yang menyokong gerakan Zionis Antarabangsa tidak terhenti setakat di meja rundingan atau perjanjian-perjanjian persefahaman sahaja, malah mereka telah mewujudkan badan-badan tetap yang berfungsi dalam melaksanakan pelbagai program bersama menjurus kepada pelbagai bidang.
Kini, setelah lewat beberapa dekad, kaum zionis berjaya menguasai pelbagai jabatan di dalam struktur politik, sosial, ekonomi, media, ketenteraan dan kebudayaan AS, dengan penguasaan mereka mengendalikan kekuatan dan kepentingan strategik AS.
Malah dikatakan tidak ada Presiden Amerika yang akan kekal memimpin negara tersebut sekiranya tidak berpihak kepada cita-cita dan matlamat Yahudi. Israel menggila dan terus mengancam dunia Arab sejak tahun 1948 hingga sekarang oleh sebab Amerika di belakangnya dan di belakang Washington berkuasa Yahudi.
Pengukuhan mereka dengan melalui AS, bukan sahaja tertumpu kepada negara Timur Tengah dan Asia Barat, malah dengan penubuhan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang didokongi oleh AS, dan mula bertebaran di merata dunia, sehingga ke Asia Timur dan Asia Tenggara sendiri.
Malahan pengaruhnya telah meresap masuk kepada masyarakat tempatan secara senyap dengan perancangan yang rapi tanpa disedari oleh sesiapa….
Di Malaysia sendiri, sesungguhnya ramai yang tertipu dengan lakonan ala wayang kulit wakilnya yang ditaja secara langsung untuk cuba masuk dan meresap ke dalam jiwa masyarakat lantas merampas dan memperhamba rakyat seperti mana yang telah dilakukan kepada negara-negara jiran di rantau ini.
Golongan zionis sedar bahawa kuasa adalah segala-galanya lantas mereka cuba menakluki kuasa dalam pemerintahan negara, malah telah beberapa kali dibuat namun cubaan mereka gagal ekoran kekukuhan dalam pentadbiran.
Bertopengkang suara reformasi, melaungkan demokrasi dan hak untuk bersuara, patung wayang kulit yang menjadi tajaan Zionis ini memperalatkan rakyat biarpun dia tahu bahawa mereka adalah bangsanya sendiri, seagama dan mempunyai budaya yang terpuji.
Siapakah sebenarnya patung wayang kulit ini, sedang tok dalangnya adalah sekutu Zionis yang sentiasa mencari peluang merampas tampuk kepimpinan negara?
Nilailah kembali, berlandaskan akal fikiran yang waras tanpa dipengaruhi kepentingan politik mana-mana pihak pun tetapi letakkan agama, bangsa dan negara sebagai landasannya siapakah sebenarnya di belakang mimpi reformasi insan yang selama ini bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri?
Jika tiada sokongan dan dana yang besar dari pihak lain tidak mungkin insan sedemikian sanggup menghina bangsanya sendiri di samping mendewa-dewakan kepada penyokong-penyokongnya bahawa hak asasi manusia yang didukung Barat dan pemimpin-pemimpin besar dari Amerika Syarikat di laungkan.
Siapakah ejen Yahudi ini yang mempunyai hubungan secara langsung dan rapat dengan pemimpin-pemimpin besar kuasa veto dunia?
Antara mereka yang terkemuka dalam kepimpinan AS dan mempunyai hubungan lansung dengan patung wayang kulit tersebut ialah Madeline Albright (bekas Setiausaha Negara), William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan) dan James Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan).
Malah beberapa orang senator Amerika juga di belakangnya, seperti kata Chris Patten, bekas gavernor Hong Kong, “the darling of the West”.
Sesungguhnya insan yang menjadi pujaan kepada kroni Zionis tersebut tidak lain daripada penasihat kepada PKR dan juga ketua pembangkang iaitu Anwar Ibrahim yang dikatakan mula mengenali Paul Wolfowitz semasa bekas Presiden Bank Dunia itu menjadi Duta AS di Indonesia. Hubungan baik Anwar dan Wolfowitz berkekalan sehingga Anwar dipenjara dan dibebaskan.
Perlu difahami bahawa, Wolfowitz adalah bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS yang merupakan arkitek utama Perang Iraq yang menyebabkan kematian ratusan ribu umat Islam tidak berdosa malahan semasa Anwar dipenjarakan, dia adalah pelobi dan pendukung kuat kempen membebaskan sahabatnya itu di luar negara terutama di AS dan membuat kecaman hebat ke atas pemimpin negara ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir.
Selain Wolfowitz, dikatakan terdapat beberapa lagi tokoh Yahudi yang berdiri di belakang kempen membebaskan Anwar di Barat seperti James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia), Madeline Albright (bekas Setiausaha Negara AS) dan William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan AS).
Malahan, selepas Anwar dibebaskan, dilaporkan bahawa Wolfowitz adalah antara pemimpin dunia terawal yang menziarahinya sebaik sahaja Anwar menjalani pembedahan tulang belakang di Munich, Jerman.
Diberitakan bahawa Wolfowitz sanggup terbang dari AS ke Jerman serta merta sekalipun mempunyai jadual ketat semata-mata untuk berjumpa sahabatnya itu.
Lantas, hubungan antara Anwar dengan Yahudi yang pro Zionis Israel bertambah erat selepas lagi apabila dia menetap di AS hinggakan media massa Barat termasuk BBC, CNN dan ABC, menemubual Anwar dan ditanya tentang hubungan rapatnya dengan tokoh Yahudi yang bertanggungjawab merangka pelan polisi unilateral AS yang bernama The Project for the New American Century (PNAC).
Kelangsunganya, Anwar turut dilantik menjadi pensyarah pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) di Johns Hopkins University di mana Wolfowitz pernah menjadi dekannya.
Apa yang pasti, dikatakan bahawa Anwar adalah satu-satunya pemimpin dunia beragama Islam yang menyokong kuat pelantikan Wolfowitz iaitu dalang utama peperangan ke atas dunia Islam sebagai Presiden Bank Dunia selepas Presiden George W. Bush melantiknya.
Bukan itu sahaja, atas hubungan baik dan sokongannya itu, Wolfowitz telah melantik Anwar sebagai Konsultan Bank Dunia semasa dia mengepalai Bank Dunia. Malah dikatakan bahawa pelantikan Anwar sebagai Pengerusi The Foundation for The Future juga hasil pengaruh dan lobi dari Wolfowitz sendiri.
Tujuan AS hanya satu iaitu mahu melumpuhkan pentadbiran dan pemerintahan yang ditakluki bangsa Malaysia selepas beberap kali cubaan mereka gagal termasuklah dalam siri serangan mata wang oleh Soros yang melumpuhkan ekonomi Asia ketika itu.
George Soros menyokong Amerika dan mahukan Anwar menggantikan Tun Dr. Mahathir walau dengan apa cara termasuklah dengan demonstrasi dan konfrontasi. Lantas, tidaklah hairanlah mengapa Anwar terlalu yakin dalam menentang kerajaan Malaysia yang sah kerana telah ada Amerika dan Yahudi yang menjadi penyokong kuatnya di luar negara.
Tindak tanduk Anwar terlalu ghairah hendak menjadi Perdana Menteri dengan segera hingga sanggup menggadaikan maruah agama dan bangsa sendiri dan lebih teruk lagi, dia sanggup menjadi boneka kepada Amerika dan Yahudi demi kepentingan politiknya.
Sesungguhnya, nilailah kredibiliti pejuang unggul yang sebenar. Malaysia sebuah negara berdaulat, maju dan makmur dengan rakyatnya hidup sejahtera di bawah satu payung Barisan Nasional tidak akan sanggup menggadaikan perjuangan lampau tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan di masa lalu.
Fikir-fikirkanlah, apakah kita sanggup menggadaikan maruah diri, maruah bangsa, maruah agama dan masa depan generasi kita untuk menjadi boneka kepada Zionis pembunuh?
Artikel ini dipetik daripada - http://umno-online.com/


Sharing Is Caring ^_^

Tiada ulasan:

Copyright© All Rights Reserved satriakebenaran.blogspot.com