PUSAT RUJUKAN KEWANGAN DAN PERNIAGAAN BAHASA MELAYU TERBAIK ANDA ***NOW AVAILABLE IN ENGLISH FOR WORLDWIDE VISITOR** Copyright© All Rights Reserved satriakebenaran.blogspot.com

BERITA TERKINI / BERITA PENTING / BULETIN PERNIAGAAN

PENGUMUMAN TERKINI

BERITA TERKINI.. SILA AMBIL PERHATIAN!SEBARANG KERUGIAN YANG ANDA TANGGUNG SEBELUM, SEMASA ATAU SELEPAS ANDA MENYERTAI SEBARANG SYARIKAT PELABURAN ADALAH DIDALAM TANGGUNGJAWAB ANDA SEPENUHNYA.. PELABURAN SELAMAT BUAT MASA INI IALAH MELALUI FOREX! IAITU MELALUI AKAUN LIVE ATAU APMM! SILA KLIK BANNER FOREX UNTUK MENDAFTAR!

PAPAN UTAMA DAGANGAN FOREX

Ahad, 22 Februari 2009

POlitik Malaysia @ 2008


Keadaan politik Malaysia pada tahun 2008 boleh dikatakan amat mencabar kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan parti Barisan Nasional. Cabaran ini datang apabila Pilihanraya Umum yang ke-11 berlangsung.

Keputusan Pilihanraya Umum ke-11 merakam detik bermulanya kekalahan teruk Parti Barisan Nasional apabila tempat-tempat yang dikatakan kubu kuat Barisan Nasional dapat ditembusi 3 parti pembangkang utama iaitu Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Parti SeIslam Malaysia (Pas) dan DAP. Keputusan rasmi mengatakan bahawa pihak pembangkang dapat menguasai Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Ini menyebabkan Parti Barisan Nasional hanya dapat menguasai kurang daripada 2/3 kerusi parlimen. Barisan Nasional hanya dapat mempertahankan 3 kubu kuat mereka iaitu negeri Johor, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun terdapat 2 kawasan yang sudah ditembusi oleh pihak pembangkang di negeri Johor.

Namun Parti Barisan Nasional masih layak memerintah negara apabila parti tersebut memperoleh majoriti di parlimen dan memberi mandat kepada Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk membentuk kerajaan bagi penggal yang ke-dua. Ini menyebabkan ketua Parti Keadilan Rakyat iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja dilepaskan dari tahanan ISA mula menjalankan cita-citanya ingin menakluki Putrajaya dan seterusnya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Langkah yang pertama dalam merealisasikan impiannya itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengabungkan 3 parti pembangkang yang utama di Malaysia iaitu Parti Keadilan, Pas dan DAP dan dinamakan sebagai Parti Pakatan Rakyat. Tetapi parti tersebut belum cukup kerusi di parlimen untuk melayakkan mereka menubuhkan kerajaan.

Setelah gagal menubuhkan kerajaan impiannya, Dato' Seri Anwar Ibrahim mula mengatur langkah yang baru apabila beliau mula menyebarkan dakyahnya bahawa Parti Pakatan Rakyat akan dapat menawan Putrajaya pada 16 September 2008 seterusnya mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Bagi Dato' Seri Abdullah, semua yang dicanang oleh Dato' Seri Anwar itu adalah anggan-anggan yang tidak kesampaian. Pihak dari parti pakatan rakyat terus menekan kerajaan dibawah pimpinan Dato' Seri Abdullah semasa persidangan parlimen penggal pertama. Ahli perlimen dari Barisan Nasional terpaksa melayan karenah ahli parlimen dari Parti Pakatan Rakyat. Ini menyebabkan pertikaman lidah berlaku diantara karajaan dan pembangkang sehinggan menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hampir-hampir melatak jawatan berikutan kegagalan beliau mengawal dewan. Banyak pelanggaran etika persidangan dilanggar oleh pembangkang seperti memboikot persidangan, menggunakan kata-kata yang kurang sopan dan berdiri sebelum dipanggil nama semasa penggulungan diadakan.



Walaubagaimanapun, persidangan Dewan Rakyat pada penggal ke-2 lebih terkawal. Lain pula yang berlaku di luar dewan. Berlaku tunjuk perasaan di ibu negara Kuala Lumpur. Dimulakan dengan tindakan Kumpulan Tindakan Hak-hak Hindu ( Hindraf) memalukan nama Kerajaan Malaysia apabila mereka menuntut wang dalam jumlah yang besar dari kerajaan British sebagai pampasan kepada bangsa India yang dibawa dari tanah besar India ke Tanah Melayu pada masa dahulu. Pada pengetahuan saya, pada zaman dahulu orang berbangsa India dibawa ke Tanah Melayu secara sukarela dan tidak dipaksa langsung. Bagi saya demonstrasi jalanan bukanlah satu platfom atau saluran yang baik untuk menuntut sesuatu. Lagipun tindakan ini hanya mencalarkan imej negara Malaysia sebai negara yang cemerlang dari segi toleransinya.

Keadaan diburukkan lagi dengan satu lagi demonstari dan tujuk perasaan yang dilakukan oleh satu pertubuhan bukan kerajaan yang diberi nama 'Bersih'. Mereka menuntut pilihanraya dijalankan dengan telus dan benar. Walhal mereka sebenarnya tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya yang menyebelahi parti Barisan Nasional. Mereka turut menghantar memorendum bantahan kepada Yang Dipertuan Agong tetapi dihalang. Tindakan ini menyalahi perlembagaan yang menyatakan pihak tentera, polis dan raja-raja tidak dibenarkan masuk atau mencampuri urusan yang berkaitan dengan politik. Sekaligus tindakan mereka ini seperti ingin mengheret institusi raja ke dalam politik.

Dalam keadaan yang menekan kerajaan yang dipimpin Dato' Seri Abdullah, Tun Dr. Mahathir pula mengambil keputusan keluar parti. Tindakan ini dilakukan kerana Tun sudah hilang kepercayaan kepada Dato' Seri Abdullah. Adakah ini satu tindakan yang disifatkan sebagai menjernihkan keadaan atau melarikan diri sekaligus menyelamatkan diri Tun dari terpalit sama dalam masalah yang dihadapi oleh PM kita?

Tiba-tiba timbul pula masalah didalam parti Pakatan Rakyat. Mereka seakan-akan lupa pada misi mereka dan bergaduh sesama mereka. Masalah ini bermula apabila PAS mula menuduh Dato' Seri Anwar menurut sahaja kata DAP. Pas juga seperti sudah hilang kepercayaan kepada Dato' Seri Anwar. Ketua PAS, Mursyidu Am PAS Nik Aziz juga mengatakan bahawa impian Dato Seri Anwar untuk menjadi Perdana Menteri seperti “Angan-angan Mat Jenin”.

Populariti Dato' Seri Anwar terus jatuh apabila beliau dituduh merogol pembantu peribadinya. Beliau mengatakan bahawa ini semua merupakan konspirasi kerajaan yang ingin menjatuhkannya. Walhal pihak polis sudah mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa beliau. PM menepis segala tuduhan yang dilemparkan oleh Dato' Seri Anwar kepada kerajaan dan menyatakan bahawa ini semua merupakan isu peribadi yang cuba dipolitikkan.

Bagi menutup kesalahan beliau yang dah memang bersalah, Dato' Seri Anwar cuba mengalih tumpuan rakyat Malaysia dengan cara menuduh Dato' Seri Najib dan isteri Timbalan Perdana Menteri itu, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibbu dengan menyatakan semasa pembunuhan itu berlaku, Datin Seri Rosmah Mansor turut berada disana. Dato' Seri Najib dikaitkan dengan warga Mongolia itu berikutan kehilangan dokumen perjanjian jualbeli 2 buah kapal TLDM yang pada masa tersebut Dato' Seri Najib menjawat Menteri Pertahanan dan dipercayai warga Mongolia tersebut yang mencurinya. Tetapi itu semua adalah penipuan yang dilakukan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.



Selang beberapa bulan selepas itu, keadaan politik Malaysia mula menggelegak semula dengan isu minyak yang melambung tinggi. Dato' Seri Anwar Ibrahim cuba menggunakan isu itu untuk menghentam kerajaan. Beliau juga mengatakan kenaikan harga petrol disebabkan kelemahan kepimpinan Dato' Seri Abdullah. PM segera menerangkan kepada rakyat bahawa kenaikan harga petrol disebabkan kenaikan harga petrol dunia. Kenaikan harga petrol dunia pula disebabkan peperangan di Iraq dan ribut yang menyebabkan pengeluaran dan penghantaran minyak menjadi lembap.

Dato' Seri Anwar tidak berputus asa sebaliknya beliau terus menghentam kerajaan melalui pilihanraya kecil Permatang Pauh dimana beliau sendiri yang bertanding. Dakyah yang disampaikan sama iaitu harga minyak yang melambung tinggi, kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Syaribbu dan tarikh keramat 16 September 2008. Keajaiban berlaku apabila beliau menang besar bermodalkan dakyah beliau. Dato' Seri Anwar dijulang dan kemenangan itu dicanang di serat pelosok negara. Walhal kemenangan itu tidak mengubah jumlah kerusi pembangkang di parlimen. Sehari sebelum beliau memasuki parlimen, beliau mengadakan ceramah. Dalam ceramah itu, dengan sombong beliau berkata “Bila saya masuk parlimen nanti, saya nak jeling Dollah sampai tersembol biji mata, biar dia tak boleh tidoq”. Sebaliknya semasa Bajet 2009 digulungkan, tidak pula ada sebarang jelingan yang dilakukan, bagaimanapun PM sempat menyindir Dato' Seri Anwar dengan berkata “semasa kita senang, ramai yang ingin mendampingi kita, sebaliknya semasa kita berada didalam keadaan susah barulah kita dapat melihat yang mana satu kawan yang sejati”.
Selepas 1 bulan pilihanraya Permatang Pauh berlalu timbul pula isu peralihan kuasa diantara Dato' Seri Abdullah dengan timbalannya Dato' Seri Najib. Peralihan kuasa dilaksanakan pada Mac 2009. Keputusan ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan sudah dipersetujui. Kontroversi bermula apabila Dato' Seri Muhyiddin Yasin masih mempersoal isu peralihan kuasa dan mencadangkan Dato' Seri Abdullah meletakkan jawatan. Ini seolah-olah menggambarkan beliau sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti. Kontroversi berterusan dengan kenyataan ahli parlimen Bukit Bendera yang menyatakan asal penduduk berbangsa Cina di negara ini adalah pendatang. Sekaligus menaikkan sentimen kaum. Masalah ini selesai apabila Dato' Seri Abdullah bersetuju membawa perkara ini ke Majlis Displin parti.

Kesimpulannya, politik yang berlaku pada masa ini ialah politik suara bukan politik yang menonjolkan kepimpinan setiap pemimpin. Mungkin ahli-ahli politik negara kita lupa tentang ucapan dan peringatan Tunku Abdul Rahman iaitu “Kita semua merupakan sebuah keluarga yang besar, oleh itu berbanggalah menjadi rakyat Malaysia”. Dalam ucapan ini jelas menyatakan harapan Tunku Abdul Rahman untuk melihat semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama, warna kulit dan profesion kita untuk sentiasa berkerjasama untuk membangunkan negara Malaysia. Perasaan hasad dengki, tamakkan kuasa dan perasaan pentingkan diri sendiri perlu ditolak ketepi. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.
“Jangan kamu tanya apa yang negara telah buat untuk kamu, sebaliknya tanya pada diri kamu sendiri, apa yang kamu telah buat untuk negara”
John F. Keneddy, Bekas President Amerika Syarikat


Sharing Is Caring ^_^

3 ulasan:

azlishukri berkata...

tulisan yang sangat menarik. salam singgah

qaiyim berkata...

salam.jangan cabar kepimpinan pakatan rakyat,lebih lebih lagi pas yang memperjuangkan islam..lain kali nk tulis pikir dulu banyak-banyak.pilih parti yang membawa islam,bukan bangsa yang yang diperjuangkan sampai nak rak dan agama hanya sebagai asal ada je tapi x perjuangkan betul2 iaitu umno yang sampai sekarang ni x nk melaksanakan hukum hudud dan qisas di malaysia.kate org islam tapi tolak hukum Allah terang2 dan mentah2 selepas diusulkan oleh kelantan dan terengganu dibawah kepimpinan ulama.itulah sebabnya ulama itu penting klau kita nk cari orng yang hendak memimpin negara macam tok guru nik aziz nik mat dan tok guru abdul hadi awang.tengok sendiri macam mana nik aziz taabir kelantan selama hampir 18 tahun lamanya,aman damai,rakyat x banyak problem,sosial kurang walaupun hakikatnya nik aziz nk laksanakan hukuman Allah itu dijalankan dengan sepenuh kuasa tapi kerajaan pusat yang bayak promlem.lihat betapa susahnya dan banyak pengorbanan ulama yang endak melaksanakan dan mendirikan hukum Allah di bumi ini selaku khalifah yang dilantik oleh Allah dengan amanah .bak kata nabil...lu pikir la sendiri wahai penulis blog yang konon2nya satria kebenaran tapi hakikatnya x mengerti hakikat sebenar politik dan mana parti yang sebenar dan pikir balik klau kamu islam.akhir sekali saya minta maaf jika saya terkasar bahasa dan menyinggung mane2 pihak.niat saya hanya ingin menegakkan kebenaran dan menyedarkan saudara dan menyokong kepimpinan ulama.assalamualaikum.

qaiyim berkata...

salam.jangan cabar kepimpinan pakatan rakyat,lebih lebih lagi pas yang memperjuangkan islam..lain kali nk tulis pikir dulu banyak-banyak.pilih parti yang membawa islam,bukan bangsa yang yang diperjuangkan sampai nak rak dan agama hanya sebagai asal ada je tapi x perjuangkan betul2 iaitu umno yang sampai sekarang ni x nk melaksanakan hukum hudud dan qisas di malaysia.kate org islam tapi tolak hukum Allah terang2 dan mentah2 selepas diusulkan oleh kelantan dan terengganu dibawah kepimpinan ulama.itulah sebabnya ulama itu penting klau kita nk cari orng yang hendak memimpin negara macam tok guru nik aziz nik mat dan tok guru abdul hadi awang.tengok sendiri macam mana nik aziz taabir kelantan selama hampir 18 tahun lamanya,aman damai,rakyat x banyak problem,sosial kurang walaupun hakikatnya nik aziz nk laksanakan hukuman Allah itu dijalankan dengan sepenuh kuasa tapi kerajaan pusat yang bayak promlem.lihat betapa susahnya dan banyak pengorbanan ulama yang endak melaksanakan dan mendirikan hukum Allah di bumi ini selaku khalifah yang dilantik oleh Allah dengan amanah .bak kata nabil...lu pikir la sendiri wahai penulis blog yang konon2nya satria kebenaran tapi hakikatnya x mengerti hakikat sebenar politik dan mana parti yang sebenar dan pikir balik klau kamu islam.akhir sekali saya minta maaf jika saya terkasar bahasa dan menyinggung mane2 pihak.niat saya hanya ingin menegakkan kebenaran dan menyedarkan saudara dan menyokong kepimpinan ulama.assalamualaikum.

Copyright© All Rights Reserved satriakebenaran.blogspot.com