Sejak kebelakangan ini, Umno dilihat sebagai suatu parti yang menjalani saat-saat kejatuhan. Banyak cara yang sudah mahupun dirancang oleh pemimpin UMNO untuk menaikkan kembali kredibiliti parti tersebut. Ada yang menjadi, ada yang tidak. Apakah sebenarnya formula yang terbaik untuk menaikkan semula kredibiliti UMNO pada masa yang sama menjaga formula tersebut agar tidak menjatuhkan martabat bangsa Melayu dan tidak menyinggung perasaan bangsa Malaysia.
Pada masa yang sama, kita sedar bahawa parti UMNO merupakan parti barisan hadapan yang menerajui tampuk pemerintahan negara. Kita imbau kenangan saat persetujuan kemerdekaan dan pada saat penubuhan negara Malaysia, seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu tidak menghiraukan parti mana yang memerintah asalkan mereka dapat merasakan kemanisan menjadi rakyat kepada negara yang merdeka dan berdaulat. Itu pada masa zaman moyang dan atuk nenek kita. Tetapi pada zaman ini, rakyat mula berpecah belah, hati berbelah bahagi untuk memilih parti mana yang patut mereka pilih untuk mencurahkan kepercayaan mereka untuk menerajui pemerintahan negara. Dari situlah timbulnya persengketaan parti-parti politik, pertikaman lidah yang tidak berpenghujumg, perderhakaan terhadap Sultan yang selama ini menjadi payung negara. Adakah kita semua lupa, semasa kita dibangku sekolah rendah, kita sudah diajar dan dituntut untuk mengangkat sumpah sebagai rakyat Malaysia. Rukun Negara, itulah yang kita pegang dan kita junjung sebagai seorang rakyat Malaysia.
Adakah kita lupa bahawa kita ada bersumpah akan menyandarkan segala kepercayaan kita kepada tuhan?? Adakah kita lupa bahawa kita telah bersumpah untuk sentiasa taat setia kepada raja dan negara?? Adakah kita sudah lupa bahawa kita ada bersumpah untuk sentiasa mengiktiraf perlembagaan dan undang-undang. Adakah kita sudah lupa bahawa kita sentiasa bersumpah akan menjaga kesopanan dan kesusilaan. Sesungguhnya bangsa Malaysia mudah lupa. Kunci kepada semua kemelut ini adalah UMNO. Bagi saya UMNO merupakan pintu utama dan barisan hadapan pentadbiran negara.
UMNO merupakan suatu organisasi yang sudah bertapak lama, tidak kiralah anda berbangsa apa sekalipun, UMNO untuk semua. Tidak saya nafikan bahawa UMNO merupakan parti untuk bangsa Melayu, tetapi anda jangan lupa bahawa sejahat-jahat UMNO, mereka tidak pernah menggadai negara mahupun maruah diri untuk kepentingan peribadi. Jikalau kita mahu kemakmuran yang kita capai ini berterusan, marilah kita semua bangsa Malaysia membantu UMNO berdiri semula.... Ketepikan persengketaan yang telah memecahbelahkan kita semua... Mari kita menuju kearah yang satu iaitu menjadikan bangsa Malaysia sebagai suatu bangsa yang menerajui pemerintahan dunia... Menggantikan negara Amerika Syarikat yang dilaknat itu.
Berbalik kepada formula yang saya ingin ketengahkan kepada pemimpin UMNO untuk membaikpulih UMNO. Yang pertamanya, kita haruslah memilih pemimpin yang bijak menggunakan cara yang bijak dalam menangani masalahnya sendiri. Bukan dengan cara kasar seperti yang diamalkan pada masa sekarang ini. Cara bijak yang saya maksudkan ialah dengan cara berbaik-baik dengan semua, pertuturan yang berlapik, kesabaran yang tinggi dalam apa juga keadaan dan pandai menjaga perasaan musuh. Itu yang kita mahu, diibaratkan, libasan seorang pesilat. Walaupun libasan yang dikenakan lembut, tetapi kesannya boleh membuatkan musuhnya tumbang.
Formula yang kedua, UMNO haruslah bijak mengambil hati seluruh rakyat Malaysia dengan cara yang baik dan berkesan tanpa menggadaikan bangsa Melayu itu sendiri. Contohnya, para pejuang UMNO haruslah pandai memikat hati para pembangkang, agar kesepakatan dapat dicapai. Sesungguhnya pembangkanglah yang patut kita hargai kehadiran mereka, kerana mereka inilah yang sentiasa menunjukkan kesilapan kita, agar kualiti pentadbiran negara dapat dilonjakkan ke tahap yang terbaik.
Formula yang ketiga, UMNO haruslah mendidik ahli-ahlinya agar hidup secara sederhana. Ini kerana saya lihat cara hidup yang terlalu mewah akan menjadikan UMNO itu sendiri khayal. Sesungguhnya biarlah kita sentiasa dalam keadaan tertekan kerana tekanan itu bagus untuk menerbitkan kejayaan.
Formula yang keempat, UMNO haruslah memupuk semangat kesetiaan kepada Sultan dan parti UMNO itu sendiri. Bukan hanya bermodalkan Sumpah Taat Setia. Bukan hanya lidah yang menyebut, tetapi hati juga membenarkannya.....
Formula yang kelima ialah parti UMNO haruslah mengabungkan idea-idea orang-orang veteran dan pemuda secara total agar dapat mencetuskan sesuatu yang amat berkesan dan berfaedah untuk keseluruhan parti. Kesimpulannya, parti UMNO hanyalah satu-satunya parti yang layak mengetuai barisan pentadbiran negara. Ini kerana UMNO sudah membuktikan kelebihan mereka selama 51 tahun mentadbir negara dan mengemudi bangsa Malaysia. Hancur UMNO, musnahlah sebuah bangsa Malaysia yang bermaruah. Akhir kata daripada saya, diharap UMNO dapat membaca cadangan dan saranan saya ini agar ketamadunan bangsa Malaysia dapat dijamin untuk 100 tahun lagi. Dulu, Kini dan Selamanya. UMNO.
Yang Berfikir,
Prince Farhan@satriakebenaran.blogspot.com
E-mail saya farhanurakmal@yahoo.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan