


PUSAT RUJUKAN KEWANGAN DAN PERNIAGAAN BAHASA MELAYU TERBAIK ANDA ***NOW AVAILABLE IN ENGLISH FOR WORLDWIDE VISITOR** Copyright© All Rights Reserved satriakebenaran.blogspot.com
PAS tidak mahu gelaran ulama luntur kerana kepercayaan bahawa Sultan mempunyai kuasa melindungi kedudukan Islam. PAS irihati sekiranya Sultan mengambil alih kedudukan ulama dan segala apa yang diucapkan oleh Sultan akan diutamakan berbanding ulama PAS.
abe MIE masih ingat bagaimana Harakah memetik kata-kata salah seorang ulama PAS mengenai sultan Kelantan. Kata mereka, ke'Sultan'an Melayu yang dilaungkan oleh UMNO bukan dari ajaran Islam. Menjadkan Sultan lebih utama daripada kedudukan ulama (PAS) bererti menolak ajaran Islam. Menolak Islam, bererti kafir. Jadi, UMNO adalah kafir!!!
Menjadikan Sultan sebagai pemerintah bererti orang Islam menjadikan HINDHU sebagai 'makkal' bukannya Islam. Namun sultan Kelantan memendam perasaan sakit hati dengan kenyataan PAS.
Pernah berlaku ketika perasmian lebuhraya bertingkat di Salor-Pasir Mas oleh Datuk Paduka Ibrahim Ali (ketika itu dia menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dengan tidak menjemput Nik Aziz sebagai Menteri Besar. Ia berpunca daripada tindakan PAS memburukkan Sultan dalam ceramah dan lidah rasminya, HARAKAH seolah-olah Sultan Kelantan adalah Sultan HINDHU yang perlu dijatuhkan. Menolak ulama PAS bererti menolak Islam, jadi kafir!!! Kalau kafir, masuk neraka PAS.
Sebenarnya di Kelantan, krisis kepimpinan ulama PAS (abe MIe nasihat, jangan samakan ulama PAS dengan ulama Islam) sehingga kini belum redha selagi PAS pimpinan MB, Nik Aziz meminta maaf atas sikapnya yang menjadikan Sultan sebagai propaganda politik PAS berkurun-kurun lamanya. Apa yang hairan ialah, Ulama PAS menyokong HINDRAF sebagai perjuangan HINDU-ISLAM dan anti-UMNO-MELAYU sedangkan ulama Islam meletakkan Islam sebagai tonggak utama pemerintahan dan menjadikan suara majoriti sebagai keutamaan.
Sehingga kini PAS menyegarkan minda rakyat Kelantan yang taksub kepada perjuangannya supaya percaya bahawa memberi doa dan mendoakan kesejahteraan kepada Sultan/raja ketika membaca doa (termasuklah khutbah Jumaat) ketika pengakhiran doa sebagai SALAH dan HARAM.
Ada imam masjid di Kelantan sanggup bertengkar dengan pentadbiran istana mengenai masalah ini. Imam PAS tidak mahu memberi dan membaca doa supaya sultan/raja diberikan kesejahteraan. Mereka sanggup kehilangan pekerjaan sebagai imam semata-mata menurut perintah ulama PAS. Ada masjid di Kelantan yang tidak mempunyai imam sehingga diimamkan oleh sesiapa yang berada di masjid.
Lihatlah bagaimana PAS menyemai kebencian kepada Sultan dan raja dengan menjadikan Islam sebagai topeng pemerintahan. Yang menjadi pelik kini ialah, PAS menyokong HINDRAF dan DAP yang memang tidak suka kepada Islam dan anti-Melayu. Kalau anti-Melayu bererti mereka anti-YDPA atau Sultan/raja Melayu. PAS kini bertukar sunnah pula!!!
Abe MIE hendak mengingatkan, bagaimana PAS pernah menghina Sultan Kelantan dengan gelaran KAFIR!!! Menurut PAS, dan ceritanya berlaku di sebelah pihak saja, sultan Kelantan suka minuman keras dan mengadakan majlis berunsur maksiat. Majlis juga diadakan dengan hiburan yang tidak berlandaskan konsep Islam dan ia sama seperti yang berlaku dalam istana Firaun!!!!
abe MIE tak tahu kebenaran kerana banyak ceramah oleh PAS memberitahu perkara ini sedangkan di pihak istana mereka berdiam diri. Selain itu, PAS memberitahu yang Sultan Kelantan tidak mahu mendengar nasihat ulama, iaitu Nik Aziz untuk memajukan Kelantan sebagai Serambi Mekah!!!
Kalau benar ini berlaku (dari pihak PAS sahaja), maka kenapa PAS menyokong konsep rock yang dianjurkan baru-baru di Selangor semasa protes menurunkan harga minyak menunjukkan buntut penyanyi mereka tidak menjadi hal!!! Artis jemputan mereka siap menunggeng buntut dan memaki hamun kerajaan pula. Adakah artis ini berlandaskan syariat Islam?
Krisis yang berlaku antara Semangat 46 dengan PAS pada akhir tahun 1990-an, telah mendedahkan kepada kita bagaimana hubungan antara Sultan Kelantan dengan parti PAS semakin keruh sekeruh air longkang di bandar Kota Bharu. Retetan peristiwa itu telah menyebabkan orang Kelantan tidak memandang tinggi kepada Sultan dan percaya ia adalah ajaran dari agama HINDHU yang perlu dihapuskan. Tetapi kenapa PAS menyokong HINDRAF yang memang beragama HINDHU dan menyembah 'ALLAH batu' sebagai perjuangan bersama PAS? Sunnah mana pula dipakai PAS?
Bagi abe MIE, PAS menjadikan sultan Kelantan sebagai sasaran untuk mencari populariti politik mereka dan PAS berjaya menyemai kebencian itu kepada generasi kedua kini, dan abe MIE ucap tahniah kepada perjuangan PAS!!!
Nota Kaki
1. Kelahiran sultan dan raja-raja Melayu memang berasal dari India berteraskan HINDHU-Buddha memandangkan pengasas agama berkenaan ialah mereka yang berketurunan HINDHU, iaitu Siddharta Gautama Buddha. Gautama Buddha dilahirkan sebagai raja namun dia kecewa dengan penderitaan rakyatnya. Gautama sangkakan yang dunia yang dia kecapi di istana sama yang dialami oleh rakyatnya menyebabkan Gautama sanggup menjadi sami dan hidup miskin. Dia sanggup meninggalkan istana untuk hidup susah.
Namun kena ingat, sultan dan raja-raja Melayu sudah disesuaikan dengan adat dan agama Islam. Seharusnya pemimpin politik tidak wajar mempergunakan konsep ketuanan rakyat sebagai agenda untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Thai junior dengan kejadian rusuhan dan tembak-menembak.
2. abe MIE sokong dengan kenyataan Ibrahim Ali yang memberitahu, adakah kita akan menggunakan ISA setelah Malaysia berlaku tembak-menembak, rusuhan berlaku, bom san-bom sini sebagaimana ia telah berlaku di Pakistan? Pada masa itu barulah suara-suara mahukan ISA diwujudkan memandangkan ramai orang Cina dan India sudah dibunuh oleh pejuang Melayu-Islam!!! Satu lagi, abe MIE cadangkan supaya ISA diletak dibawah bidang kuasa sultan dengan nasihat PM.
3. PAS memang pintar menjadikan Islam sebagai 'jenama' politiknya. PAS tidak pernah lari dari tanggungjawab membela Islam pada hakikat, tidak pernah berlaku zaman kegemilangan Islam di bawah pemerintahan PAS.
Berapa puluh ribu orang Cina dan HINDRAF akan peluk Islam atau telah Peluk Islam semasa PAS mentadbir negeri?
Yang realitinya, ramai orang Melayu atau muamalah kini menjadikan Islam sebagai agama kedua dengan memilih HINDHU dan Kristian sebagai wardah perjuangan mereka. PAS gagal dalam menegakkan Islam di Malaysia namun PAS menjadikan masalah murtad berpunca daripada kesalahan pemerintahan UMNO.
PAS boleh hidup dalam api. PAS tidak akan terbakar. PAS boleh hidup dalam air, dia tidak akan lemas tenggelam. PAS boleh berjumur di padang pasir sebab dia tidak akan kehausan. PAS telah buktikan. Yang rugi ialah Melayu.
Dipetik dari http://pkrpasdap.blogspot.com.....