PUSAT RUJUKAN KEWANGAN DAN PERNIAGAAN BAHASA MELAYU TERBAIK ANDA ***NOW AVAILABLE IN ENGLISH FOR WORLDWIDE VISITOR** Copyright© All Rights Reserved satriakebenaran.blogspot.com

BERITA TERKINI / BERITA PENTING / BULETIN PERNIAGAAN

PENGUMUMAN TERKINI

BERITA TERKINI.. SILA AMBIL PERHATIAN!SEBARANG KERUGIAN YANG ANDA TANGGUNG SEBELUM, SEMASA ATAU SELEPAS ANDA MENYERTAI SEBARANG SYARIKAT PELABURAN ADALAH DIDALAM TANGGUNGJAWAB ANDA SEPENUHNYA.. PELABURAN SELAMAT BUAT MASA INI IALAH MELALUI FOREX! IAITU MELALUI AKAUN LIVE ATAU APMM! SILA KLIK BANNER FOREX UNTUK MENDAFTAR!

PAPAN UTAMA DAGANGAN FOREX

Isnin, 17 Ogos 2009

Sabar Raja-raja Melayu Sudah SSampai Ke Kemuncaknya!!!


Raja-raja Melayu nampaknya sudah tidak sabar dengan perangai dan kelakuan bodoh yang ditunjukkan oleh ahli politik terutamanya parti pembangkang. Mesyuarat Majlis Raja-raja (MRR) pada 16 Oktober 2008 telah mengeluarkan satu resolusi dalam satu kenyataan akhbar terutama melibatkan Perlembagaan Persekutuan yang kini diberukkan oleh 'haiwan politik' untuk mengaut keuntungan parti dengan sanggup menggadaikan masa depan bangsa, agama, negara dan menjadikan kontrak sosial yang diamalkan selama ini sebagai quran lapok.

Kenyataan ini meliputi kedudukan keistimewaan dan kemuliaan Raja, Sultan dan Yang Dipertua Agung (YDPA) , agama Islam sebagai agama rasmi negara, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan mengenai 'ketuanan Melayu' dan bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Sebenarnya apa yang disuarakan oleh MRR menunjukkan 'mereka' sudah tidak tahan dan hilang waras sabar dengan beberapa insiden yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, HINDRAF dan PAS. Anwar Ibrahim, sebagai YB Permatang Pauh, mengalami masalah kesihatan mental, dia mahukan mewujudkan kerajaan melalui cara tidak demokrasi dan tidak bermaruah.

Anwar cuba mengetepikan peranan YDPA yang mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri dari kalangan ahli Parlimen yang mendapat mandat majoriti. Kena ingat, Agong boleh mengetepikan sesiapa sahaja yang tidak diperkenankan oleh beliau menjadi PM dengan melantik orang lain sebagaimana berlaku di Perak, PAS menang dua tiga kerusi tetapi menjadi Menteri Besar.

Kejadian di Terengganu, apabila sultan muda tidak berkenan melantik Idris Jusuf sebagai MB Terengganu sehingga menimbulkan kekecohan, bukti sultan dan raja mempunyai kuasa mutlak. Tiada runding dan pujuk memujuk.

Sekiranya Anwar berjaya mengambil 30 orang ahli BN menyertai Pakatan, adakah dia akan dilantik menjadi PM oleh Agong? adakah Agong akan menyetujui dia menjadi PM Malaysia? Boleh jadi Agong mahukan Haji Hadhi, Presiden PAS jadi PM. Sebab itulah PAS menyokong Pakatan dari belakang. PAS melihat Agong pasti tidak suka Anwar Ibrahim, jadi jawatan PM akan jatuh ke tangan PAS. PAS memang auta pasal politik.

Satu lagi, kena ingat, apabila YDPA menyetujui PM, adakah bererti dia akan bersetuju dengan Menteri kabinet dan timbalan yang dilantik PM nanti. Adakah YDPA akan bersetuju dengan TPM ialah Umar Bin Abdul Aziz, iaitu Lim Guang Eng? Adakah Guang Eng akan membela Islam sebenar-benarnya? Adakah dia akan menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara? Adakah dia akan membela bahasa Melayu (mahupun tulisan jawi) sekiranya dia didesak oleh Menterinya, termasuk Teresa Kok sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa perpaduan negara? Jawapan ada di dalam jiwa kita semua, buatlah andaian sendiri.

Begitu juga dengan ahli Parlimen HINDRAF dari bangsa Paria. Adakah dia akan menubuhkan institusi raja-raja HINDHU memandangkan raja-raja Melayu adalah berasal dari India-HINDHU? Kena ingat, ramai kalangan ahli Parlimen HINDRAH kebanyakkan daripada lawyer yang pandai bermain kata dan memutar belit alam. Kini mereka menguasai Majlis Guaman seolah-olah mereka adalah penegak keadilan.

Mereka boleh memberitahu, kalau Melayu-Islam boleh ada raja dan sultan, kenapa India-Hindhu tidak boleh ada Sultan juga? Kenapa Cina tidak boleh ada kesultanan kerana sejarah Melaka menunjukkan sultan Melaka pun pernah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po.

Apa akan berlaku? Jawapannya, kita akan mengubah Sejarah Malaysia atau Sejarah Tanah Melayu mengikut perspeksi kaca mata India dan Cina. Orang Melayu adalah kaum pendatang sama seperti kaum Indonesia, Myanmar dan Nepal!!! Kalau tidak percaya, tanyalah Ketua Wanita GERAKAN yang menyatakan orang Melayu adalah pendatang. CIna dan India tidak disebutkan pendatang. Melayu hanya layak menjadi adalah 'ketuanan pendatang'.


KISAH SULTAN KELANTAN DENGAN PAS

PAS pula bukan hendak membela Islam!!! Dia lebih suka dan bertepuk dua belah tangan kalau raja-raja Melayu diperhina, diterlanjang dan diabkan. Bagi PAS, dalam Islam raja dan sultan tidak ada. Bahkan Baginda Nabi pun bukannya berasal dari raja dan sultan sebaliknya berasal dari keluarga pengembala kambing.

PAS memang lawyer buruk kalau pasal politik sebab itulah dia tidak pernah tenggelam dengan arus politik. Ketika Anwar Ibrahim jadi TPM, dia kutuk ANwar dan menuduh BN sanggup melantik pemimpin yang rendah akhlak dan kaki liwat menjadi pewaris generasi akan datang. Mereka berceramah untuk menarik perhatian orang kononnya mereka parti yang bersih dan membela Islam!!!

PAS juga mendesak supaya Anwar Ibrahim disingkirkan dari UMNO kerana pemimpin berakhlak buruk, zalim, tidak demokrasi, bapa rasuah, meluluskan permohonan pusat perjudian dan sebagainya. Yang berlaku sebaliknya. Apabila Anwar Ibrahim disingkirkan dari UMNO, PAS pua menjadi babi hutan kepada Anwar Ibrahim. PAS dah pakai sunnah atau al-Quran yang mana?

DAP langsung mahu menghapuskan lima perkara, iaitu raja/sultan, bahasa Melayu, agama Islam (keutamaan perjuangan), ketuanan Melayu dan kontrak sosial. Silap haribulan, DAP akan menyuruh kita menggunapakai Sejarah Singapura sebagai panduan kepada Sejarah Tanah Melayu. Semua buku teks sekolah rendah, menengah sehinggalah peringakat Universiti akan dikaji semula.

Pernahkah pembaca blog mengkaji sejarah Singapura mengikut perspektif orang Cina Singapura? Bagi mereka, orang Melayu adalah pendatang dan bangsa Cina perlu diutamakan memandangkan orang Cina yang memajukan sistem ekonomi negara.

Masih ingat tak cerita abe MIE tentang orang Cina berniaga di Myanmar? Mereka boleh berniaga atau melabur di sana, namun tidak boleh memiliki tanah dan kerakyatan sebagaimana kaum Myanmar. Itulah yang perlu dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman sebelum memberi kesamarataan kepada kaun pendatang taraf kewarganegaraan!!! (Klik sini untuk maklumat lanjut mengenainya).

Undang-undang Myanmar sama dengan undang-undang tanah di Kelantan, iaitu orang asing tidak boleh membeli, menjual atau membeli tanah melainkan dilahirkan di Kelantan. Itu permainan politik PAS. Baguslah kalau untuk orang kelantan namun apa yang dilakukan oleh PAS di Perak, amat dikesali. PAS di sana menjadi kambing hitam pada DAP walaupun MB adalah dari PAS. Itu abe MIE gelarkan sebagai, kulit dan baju PAS tapi di dalamnya, jiwa dan raga adalah DAP!!!

Cerita pasal PAS. Betul ke PAS akan membela raja-raja dan sultan Melayu? Abe MIE masih ingat dengan beberapa insiden yang dilakukan oleh PAS untuk menghina Sultan Kelantan 15 tahun yang lepas. Bagi orang Kelantan, sultan mereka tidak dipandang tinggi bahkan kedudukan sultan Kelantan setaraf 'tok mudin'!!!

PAS tidak mahu gelaran ulama luntur kerana kepercayaan bahawa Sultan mempunyai kuasa melindungi kedudukan Islam. PAS irihati sekiranya Sultan mengambil alih kedudukan ulama dan segala apa yang diucapkan oleh Sultan akan diutamakan berbanding ulama PAS.

abe MIE masih ingat bagaimana Harakah memetik kata-kata salah seorang ulama PAS mengenai sultan Kelantan. Kata mereka, ke'Sultan'an Melayu yang dilaungkan oleh UMNO bukan dari ajaran Islam. Menjadkan Sultan lebih utama daripada kedudukan ulama (PAS) bererti menolak ajaran Islam. Menolak Islam, bererti kafir. Jadi, UMNO adalah kafir!!!

Menjadikan Sultan sebagai pemerintah bererti orang Islam menjadikan HINDHU sebagai 'makkal' bukannya Islam. Namun sultan Kelantan memendam perasaan sakit hati dengan kenyataan PAS.

Pernah berlaku ketika perasmian lebuhraya bertingkat di Salor-Pasir Mas oleh Datuk Paduka Ibrahim Ali (ketika itu dia menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dengan tidak menjemput Nik Aziz sebagai Menteri Besar. Ia berpunca daripada tindakan PAS memburukkan Sultan dalam ceramah dan lidah rasminya, HARAKAH seolah-olah Sultan Kelantan adalah Sultan HINDHU yang perlu dijatuhkan. Menolak ulama PAS bererti menolak Islam, jadi kafir!!! Kalau kafir, masuk neraka PAS.

Sebenarnya di Kelantan, krisis kepimpinan ulama PAS (abe MIe nasihat, jangan samakan ulama PAS dengan ulama Islam) sehingga kini belum redha selagi PAS pimpinan MB, Nik Aziz meminta maaf atas sikapnya yang menjadikan Sultan sebagai propaganda politik PAS berkurun-kurun lamanya. Apa yang hairan ialah, Ulama PAS menyokong HINDRAF sebagai perjuangan HINDU-ISLAM dan anti-UMNO-MELAYU sedangkan ulama Islam meletakkan Islam sebagai tonggak utama pemerintahan dan menjadikan suara majoriti sebagai keutamaan.

Sehingga kini PAS menyegarkan minda rakyat Kelantan yang taksub kepada perjuangannya supaya percaya bahawa memberi doa dan mendoakan kesejahteraan kepada Sultan/raja ketika membaca doa (termasuklah khutbah Jumaat) ketika pengakhiran doa sebagai SALAH dan HARAM.

Ada imam masjid di Kelantan sanggup bertengkar dengan pentadbiran istana mengenai masalah ini. Imam PAS tidak mahu memberi dan membaca doa supaya sultan/raja diberikan kesejahteraan. Mereka sanggup kehilangan pekerjaan sebagai imam semata-mata menurut perintah ulama PAS. Ada masjid di Kelantan yang tidak mempunyai imam sehingga diimamkan oleh sesiapa yang berada di masjid.

Lihatlah bagaimana PAS menyemai kebencian kepada Sultan dan raja dengan menjadikan Islam sebagai topeng pemerintahan. Yang menjadi pelik kini ialah, PAS menyokong HINDRAF dan DAP yang memang tidak suka kepada Islam dan anti-Melayu. Kalau anti-Melayu bererti mereka anti-YDPA atau Sultan/raja Melayu. PAS kini bertukar sunnah pula!!!

Abe MIE hendak mengingatkan, bagaimana PAS pernah menghina Sultan Kelantan dengan gelaran KAFIR!!! Menurut PAS, dan ceritanya berlaku di sebelah pihak saja, sultan Kelantan suka minuman keras dan mengadakan majlis berunsur maksiat. Majlis juga diadakan dengan hiburan yang tidak berlandaskan konsep Islam dan ia sama seperti yang berlaku dalam istana Firaun!!!!

abe MIE tak tahu kebenaran kerana banyak ceramah oleh PAS memberitahu perkara ini sedangkan di pihak istana mereka berdiam diri. Selain itu, PAS memberitahu yang Sultan Kelantan tidak mahu mendengar nasihat ulama, iaitu Nik Aziz untuk memajukan Kelantan sebagai Serambi Mekah!!!

Kalau benar ini berlaku (dari pihak PAS sahaja), maka kenapa PAS menyokong konsep rock yang dianjurkan baru-baru di Selangor semasa protes menurunkan harga minyak menunjukkan buntut penyanyi mereka tidak menjadi hal!!! Artis jemputan mereka siap menunggeng buntut dan memaki hamun kerajaan pula. Adakah artis ini berlandaskan syariat Islam?

Krisis yang berlaku antara Semangat 46 dengan PAS pada akhir tahun 1990-an, telah mendedahkan kepada kita bagaimana hubungan antara Sultan Kelantan dengan parti PAS semakin keruh sekeruh air longkang di bandar Kota Bharu. Retetan peristiwa itu telah menyebabkan orang Kelantan tidak memandang tinggi kepada Sultan dan percaya ia adalah ajaran dari agama HINDHU yang perlu dihapuskan. Tetapi kenapa PAS menyokong HINDRAF yang memang beragama HINDHU dan menyembah 'ALLAH batu' sebagai perjuangan bersama PAS? Sunnah mana pula dipakai PAS?

Bagi abe MIE, PAS menjadikan sultan Kelantan sebagai sasaran untuk mencari populariti politik mereka dan PAS berjaya menyemai kebencian itu kepada generasi kedua kini, dan abe MIE ucap tahniah kepada perjuangan PAS!!!


Nota Kaki

1. Kelahiran sultan dan raja-raja Melayu memang berasal dari India berteraskan HINDHU-Buddha memandangkan pengasas agama berkenaan ialah mereka yang berketurunan HINDHU, iaitu Siddharta Gautama Buddha. Gautama Buddha dilahirkan sebagai raja namun dia kecewa dengan penderitaan rakyatnya. Gautama sangkakan yang dunia yang dia kecapi di istana sama yang dialami oleh rakyatnya menyebabkan Gautama sanggup menjadi sami dan hidup miskin. Dia sanggup meninggalkan istana untuk hidup susah.

Namun kena ingat, sultan dan raja-raja Melayu sudah disesuaikan dengan adat dan agama Islam. Seharusnya pemimpin politik tidak wajar mempergunakan konsep ketuanan rakyat sebagai agenda untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Thai junior dengan kejadian rusuhan dan tembak-menembak.

2. abe MIE sokong dengan kenyataan Ibrahim Ali yang memberitahu, adakah kita akan menggunakan ISA setelah Malaysia berlaku tembak-menembak, rusuhan berlaku, bom san-bom sini sebagaimana ia telah berlaku di Pakistan? Pada masa itu barulah suara-suara mahukan ISA diwujudkan memandangkan ramai orang Cina dan India sudah dibunuh oleh pejuang Melayu-Islam!!! Satu lagi, abe MIE cadangkan supaya ISA diletak dibawah bidang kuasa sultan dengan nasihat PM.

3. PAS memang pintar menjadikan Islam sebagai 'jenama' politiknya. PAS tidak pernah lari dari tanggungjawab membela Islam pada hakikat, tidak pernah berlaku zaman kegemilangan Islam di bawah pemerintahan PAS.

Berapa puluh ribu orang Cina dan HINDRAF akan peluk Islam atau telah Peluk Islam semasa PAS mentadbir negeri?

Yang realitinya, ramai orang Melayu atau muamalah kini menjadikan Islam sebagai agama kedua dengan memilih HINDHU dan Kristian sebagai wardah perjuangan mereka. PAS gagal dalam menegakkan Islam di Malaysia namun PAS menjadikan masalah murtad berpunca daripada kesalahan pemerintahan UMNO.

PAS boleh hidup dalam api. PAS tidak akan terbakar. PAS boleh hidup dalam air, dia tidak akan lemas tenggelam. PAS boleh berjumur di padang pasir sebab dia tidak akan kehausan. PAS telah buktikan. Yang rugi ialah Melayu.


Dipetik dari http://pkrpasdap.blogspot.com.....


Sharing Is Caring ^_^

Tiada ulasan:

Copyright© All Rights Reserved satriakebenaran.blogspot.com