(Sekadar gambar hiasan)
Matawang internet amat penting bagi sebarang transaksi yang melibatkan pembayaran termasuklah pelaburan atas talian yang saya selalu bincangkan. Tapi anda jangan pula fikir matawang internet ini adalah matawang yang berbentuk baru cuma ia adalah pembaharuan terhadap matawang yang sedia ada.
Ciri-ciri matawang internet yang paling asas ialah ia adalah elektronik dan tidak memerlukan sebarang matawang nyata. Matawang internet hanya terdapat dalam dua matawang iaitu United State Dollar atau USD dan dalam Europe Pound. Tetapi bagi kita di Malaysia, saya sarankan anda gunakan dalam matawang USD. Mahu tahu kenapa? Sbar.. Nanti saya akan beritahu ok?
Bila telah ada matawang mestilah ada tempat menyimpan atau dalam erti kata lain bank kan? Baiklah, terdapat banyak syarikat dalam talian yang menawarkan khidmat menyimpan matawang internet anda. Tetapi yang paling banyak diterima dan popular dikalangan syarikat pelaburan atas talian ialah seperti berikut :
(SILA KLIK ARAHAN DIBAWAH SETIAP LOGO UNTUK KE LAMAN WEB SETIAP BANK)
Kedua-dua syarikat ini telah lama beroperasi dan merupakan penyedia khidmat penyimpanan matawang internet yang paling popular dan dipercayai! Oleh itu, saya sangat-sangat sarankan agar anda gunakan khidmat syarikat diatas untuk menyimpan matawang internet anda.
Baiklah, mesti anda tertanya-tanya bagaimanakah anda ingin mendepositkan wang atau mengeluarkan wang anda dari akaun "bank" internet anda? Baiklah, terdapat banyak syarikat yang menawarkan khidmat membeli dan menjual matawang internet! Laman web yang saya sarankan untuk anda membeli dan menjual wang internet ialah di sini :
Dan laman web yang saya sarankan untuk anda jual wang internet anda ialah di sini :
Dalam urusan membeli wang internet, pihak syarikat akan meminta anda mendepositkan duit nyata ke akaun syarikat mereka. Urusan saya lebih mudah dengan menggunakan mybank2u! hehehe.. Itu secara atas talian, kalau di luar talian, anda dikehendaki mendepositkan duit nyata ke dalam mesin deposit di bank yang dinyatakan oleh mereka. Setelah pembayaran dibuat, anda diminta menghantar salinan resit deposit melalui email. Setelah disahkan oleh mereka, mereka akan mendepositkan wang internet anda ke dalam akaun bank internet anda samada Liberty Reserve atau Perfect Money.. Faham?
Langkah pertama bagi proses penjualan pula, anda perlu memaklumkan kepada syarikat pembeli wang internet anda dan mereka akan menyatakan berapa yang bakal anda terima setelah penjualan dilakukan. Jikalau setuju, mereka akan meminta anda memindahkan wang internet anda ke akaun syarikat mereka yang terdapat di bank internet itu juga. Buat pengetahuan anda, setiap syarikat yang mejalankan perniagaan membeli atau menjual wang internet juga mempunyai akaun di bank internet. Setelah disahkan, mereka akan mendepositkan wang nyata di dalam akaun bank anda di Malaysia ini. Untuk pengetahuan tambahan anda, kedua-dua syarikat pejual dan pembeli wang internet yang saya senaraikan diatas merupakan syarikat berdaftar di Malaysia tau? Jadi anda tidak perlu risau! Berikut merupakan bank-bank Malaysia yang diterima oleh syarikat diatas :


Jadi, telah tamat la pembelajaran kita pada hari ini mengenai matawang internet.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan jangan segan hubungi saya di globalinitiative92@yahoo.com
"Sekian, Terima Kasih"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan